Remaja 20 tahun tergamak rodok belakang ibu lepas datuk keluar rumah di Jempol


  • 112
  • Selasa, 25 Jun 2024

Remaja berusia 20 tahun itu yang tinggal bersama datuknya di Kuala Lumpur ditahan pihak polis selepas menikam ibunya di sebuah rumah di Jempol. — Gambar hiasan

SEORANG remaja berusia 20 tahun ditahan oleh pihak polis selepas tergamak menikam ibunya sendiri di Jempol, Negeri Sembilan.

Remaja perempuan tersebut dikatakan menikam ibunya di rumah mereka sendiri dekat Felda Raja Alias sekitar 1 tengah hari Sabtu minggu lepas (22 Jun).

Ketua Polis Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, remaja tersebut menikam ibunya selepas suspek dan mangsa terlibat dalam pergaduhan sejurus selepas datuknya keluar rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] Rapat dengan teman lelaki punca pelajar perempuan di Kerian kena sepak 2 rakan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Gurau tak bertempat, polis Kuching tahan 3 lelaki acu pistol tiruan

images (6)

Pergaduhan menjadi punca suspek menikam mangsa. — Agensi

"Suspek tinggal di Kuala Lumpur dan dia ke rumah bersama bapa mangsa pada hari tersebut untuk melawat anak lelaki bongsunya. Selepas bapa mangsa meninggalkan rumah, pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa.

"Suspek kemudiannya keluar daripada rumah dan melarikan diri menggunakan menggunakan kereta bapa si mangsa," katanya.

Menurut Chang Hook, mangsa masih lagi terselamat dan tidak meninggal dunia selepas ditikam. Namun, mangsa mengalami pendarahan akibat luka di belakang badan.

Doktor yang merawat mangsa mengatakan luka tersebut sedalam 2.5 sentimeter.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami luka sedalam 2.5 sentimeter.

"Kami masih mencari motif serangan tersebut," kata Chang Hook.

Dalam masa yang sama, Chang Hook mengatakan suspek sudah mengaku dia melakukan tindakan tersebut.

Kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menikam serta Seksyen 379A kerana mencuri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram