PEMAIN sayap kebangsaan, Muhd Faisal Halim sedang menjalani pemantuan rapi selama dua minggu sejak keluar dari hospital Sabtu lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan lokasi di mana pemain itu berada, dirahsiakan atas faktor keselamatan.
“Kita beri dia satu tempat dan kediaman untuk dia recover, dan juga atas dasar keselamatan.
BACA LAGI: Jelmaan Faisal Halim antara 4 pemain muda Selangor, Sabah berpeluang tunjuk taring di Indonesia
BACA LAGI: Dua gol klinikal import TBG bikin Sang Kenari gigit jari di laman sendiri
“Kalau dekat rumah nanti orang datang orang apa, dia masih lagi belum pulih kerana bila kita bincang dengan doktor kadang-kadang kita tengok dah tiga minggu dia dalam hospital.
“Mungkin kalau dia keluar dari hospital mungkin keadaan itu lain, ketenangan tu lain jadi satu lagi impak tu lain jadi tu niat kita, kita nampak la ada perubahan positif dekat diri dia.
Sabtu lalu Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital lebih awal dari jangkaan.
Ia susulan empat sesi pembedahan pemulihan akibat kecederaan simbahan asid 5 Mei lalu yang telah menunjukkan perkembangan positif.
Ia juga atas kemahuan pemain sayap berkenaan, sekalipun kebimbangan risiko jangkitan kuman masih ada.
Justeru pengurusan Selangor FC membuat keputusan, menempatkan Faisal di sebuah lokasi rahsia atas faktor keselamatan, berbanding kediaman pemain berkenaan.
Pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa dan melangkaui jangkaan semua pihak.
Selepas tiga minggu berada di hospital termasuk menjalani proses pengasingan di Unit Rawatan Rapi (ICU). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram