[VIDEO] Kereta 'lipat' dua, pemandu Wira maut tersepit lepas rempuh pencawang elektrik di Chini


  • 112
  • Rabu, 26 Jun 2024

Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan merempuh tiang pencawang elektrik di Simpang Runchang, Chini, Pahang pada Rabu. — Ihsan bomba

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah tiang elektrik di Simpang Runchang, Chini, Pahang pada Rabu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dalam satu kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pukul 12.53 tengah hari.

Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah Proton Wira melanggar tiang pencawang elektrik dipercayai terbabas.

BACA LAGI: Tak sempat lepaskan tiang punca 2 maut terkena renjatan elektrik ketika pasang kabel fiber optik di Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Dakwa tersalah masuk gear, pemandu Saga cabut lari lepas rempuh bas di Plaza Tol Tanjung Malim

Saksi kejadian turut berkongsi rakaman di laman sosial dengan keadaan kereta terbabit dilihat hancur remuk akibat rempuhan tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dewasa Melayu telah tersepit di bahagian pemandu.

"Mangsa telah disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mayat dengan menggunakan peralatan khas," kata BBP Chini dalam kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram