Kecuaian penjaga gol bikin TFC gigit jari, nyaris diaibkan skuad The Cats


  • Podium
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Skuad TFC gagal membawa pulang tiga mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuching City FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

SKUAD Terengganu FC (TFC) berputih mata apabila sekadar bseri 1-1 dengan pasukan Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sarawak pada Sabtu.

Harapan diletakkan kepada penyerang import sensasinya, Ismaheel Akinade dilihat kurang menjadi apabila kerap terlepas hantaran rakan sepasukan selain sepakan melewati pintu gol.

Meskipun berjaya mendahului di hadapan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-50, ia tidak berkekal lama apabila import The Cats, Yuki Tanigawa menyumbat masuk gol penyamaan hasil pergelutan di depan gawang (79).

BACA LAGI: Teka-teki pemain import TFC II akan diketahui

BACA LAGI: Terengganu FC enggan 'gelojoh', ambil pendirian realistik

Jaringan penyamaan itu terhasil menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gawang TFC, Suhaimi Husin apabila terlepas dari genggamannya akibat hujan lebat ketika perlawanan.

Dalam pada itu, gandingan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di posisi sayap kanan dan kiri pula sedikit kelam kabut dan seperti mudah dibaca benteng pertahanan lawan apabila kerap memintas hantaran lintang dari luar kotak penalti.

Kecekapan penjaga gawang Kuching City turut menyumbang kepada kegagalan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner meraih kemenangan pada perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram