[VIDEO] Dakwa tersalah masuk gear, pemandu Saga cabut lari lepas rempuh bas di Plaza Tol Tanjung Malim


  • Tular
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Tangkap layar insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan bas persiaran di Plaza Tol Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

SEORANG pemandu kereta didakwa merempuh sebuah bas persiaran di Plaza Tol, Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

Kejadian dipercayai berlaku akibat kecuaian individu berkenaan yang tersalah masuk gear undur sehingga mengakibatkan kemalangan di lokasi kejadian.

Mengalami kerosakan teruk di bahagian bonet belakang, pemandu kereta jenis Proton Saga berwarna biru itu kemudiannya terus memecut laju di lorong berkenaan tanpa mengendahkan kemarahan mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Empat maut, bas bawa rombongan cikgu jatuh cerun berlanggar treler di Bahau

BACA LAGI: 'Jika tarik lesen bas, 1.5 juta murid tidak pergi sekolah'

Rakaman berdurasi 45 saat itu tular di laman sosial dan meraih kecaman warganet.

Dalam pada itu, syarikat bas persiaran terbabit difahamkan sudah membuat laporan berhubung kes berkenaan.

Kes disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya di bawah Peraturan 14(1) LN 165/59 iaitu kesalahan tidak menarik brek tangan dengan kemas.

Namun, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ni dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram