Pekerja dedah taska 'jijik' kongsi makan bayi, satu sudu beramai-ramai di Sungai Buloh


  • Tular
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Sebuah taska di Sungai Buloh didakwa tidak mengamalkan kebersihan dan kelengkapan harian bayi di situ.

SEBUAH taska di Sungai Buloh, Selangor didakwa tidak mengekalkan kebersihan selain turut mengabaikan keselamatan kanak-kanak asuhan di situ.

Perkara itu didedahkan seorang wanita dipercayai pekerja di taska berkenaan yang memuat naik hantaran di laman X berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, pengasuh di pusat tersebut bersikap sambil lewa dalam menyediakan kelengkapan mandi dan makan terutamanya golongan bayi berusia di bawah enam bulan.

BACA LAGI: Baru 3 bulan sambut anak pertama, suami isteri terima berita duka bayi maut hari pertama di pusat asuhan

BACA LAGI: [VIDEO] Bayi 3 bulan meninggal dunia hari pertama di taska Setia Alam, pusat jagaan nafi sembunyi bukti

"Korang nak ke hantar anak dekat taska Sungai Buloh ni? Hantar RM400-RM500 sebulan tapi bayi enam bulan makan kongsi satu mangkuk satu sudu ramai-ramai.

"Tuala ibu bapa sediakan tapi dorang kongsi satu tuala untuk semua budak, kain buai warna kelabu bau hancing, koyak rabak.

"Aku kerja enam hari tak sanggup dah tengok, cuci botol bayi pakai span basuh pinggan dan tu juga buat cuci singki, gaji RM1,200, daripada bayi takda ekzema terus kena macam-macam," katanya.

b50fad6e-17be-4760-8a61-276cae7dbeaa

msg-468649021-51850

Perkongsian di laman X memaparkan sebuah taska di Sungai Buloh didakwa lalai dalam menjaga kebersihan dan kelengkapan bayi asuhan.

Dalam pada itu, ruangan komen turut dipenuhi kecaman warganet yang menggesa agar taska berkenaan dikenakan tindakan.

"Ni salah satu faktor tak berani hantar anak taska ke pengasuh tak dikenali. Biar tempat mahal asal kita yakin, cuma itulah tak semua ibu bapa mampu macam tu," kata DuriDoyanTajam.

"Pernah kerja dekat taska, makanan semangkuk kongsi makan untuk budak, sorang dapat dua ke tiga suap je. Kalau rasa nak hantar anak dekat taska tu, fikir laa balik, patut laporkan pada polis kes macam ini," ujar Sheerah1788.

Pakai span guna untuk cuci singki, memang melampau, kalau tengok pada persekitaran dalaman dia pun dah tahu kotor, harap pihak berkuasa segera jalankan siasatan dan periksa taska ni," tambah Ghazlinas.

Belum ada sebarang kenyataan dari pihak taska berkenaan setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat dan bukti berkaitan, dinasihati tampil ke balai polis untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram