PEMAIN sensasi Selangor FC, Faisal Halim menerima kunjungan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Sabtu.
Tidak menyangka akan kehadiran insan berpengaruh dunia itu, Faisal menyifatkan kedatangannya sebagai pembakar semangat untuk terus kembali menyinar dalam arena bola sepak negara.
“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.
BACA LAGI: 'Rela kerja kampung gaji RM50, janji keluarga selamat', Faisal Halim sebak di sidang media
BACA LAGI: Mungkin saya perlu berubah jadi sombong — Faisal Halim
“InsyaALLAH, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” tulis Faisal atau dikenali sebagai Mickey di laman instagram peribadinya pada Sabtu.
Tun Mahathir (tengah) ketika melawat ke kediaman Faisal Halim pada Sabtu.
Untuk rekod, pemain yang berasal dari Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengalami kelecuran tahap empat akibat simbahan asid oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.
Membuat kemunculan kali pertama di khalayak ramai, Faisal pada Khamis lalu tampil dalam sidang media bagi memaklumkan perkembangan terbaharunya selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.
Tumpuan peminat sekali lagi terarah kepadanya apabila tonggak utama Harimau Malaya itu hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor bagi menyaksikan perlawanan Piala FA yang menemukan pasukannya dan Negeri Sembilan FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram