Tiada 'update' Darren Lok, 3 bintang Sabah sedia ranapkan impian KL Rovers


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Darren Lok masih belum kembali ke tahap kecergasan terbaik selepas mengalami kecederaan beberapa minggu lalu. — Facebook/Sabah FC

PELUANG sudah semestinya berpihak kepada Sabah FC dalam pusingan pertama Piala FA apabila mereka bakal menerima kunjungan Kuala Lumpur (KL) Rovers pada Jumaat.

Mereka yang kini berada di tangga ketiga Liga Super memiliki skuad jauh lebih baik berbanding pasukan Liga A1 Semi Pro itu baik dari segi serangan mahupun pertahanan.

Selain itu, rekod bersih masih dipegang kelab Borneo tanah air terbabit yang masih belum mengalami kekalahan setakat tiga perlawanan liga.

BACA LAGI: Striker Badak Lampung antara 2 bintang naturalisasi pernah beri sensasi berbeza buat kelab Liga M

BACA LAGI: 'Maestro’ sang Badak kelahiran sistem bola sepak FC Porto raih pujian ramai

448312177_313583151815441_6170506762122810725_n

Dari kiri: Dominic Tan, Daniel Ting dan Stuart Wilkin sudah kembali menyertai latihan Sabah FC.

Prestasi berkenaan sekali gus menjadikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tersebut sebagai pilihan untuk melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA.

Namun, kegusaran sudah tentu dirasai penyokong serta pihak kejurulatihan kelab dengan tiga tonggak utama iaitu Dominic Tan, Stuart Wilkin dan Daniel Ting masih belum kembali berlatih.

Mereka yang dipanggil untuk ke kem skuad kebangsaan masih belum kelihatan di padang latihan dengan kehadiran masing-masing cukup penting bagi struktur pasukan.

Kegusaran itu akhirnya terubat selepas satu hantaran di akaun Facebook Sabah FC Transfer News mengatakan ketiga-tiga bintang tersebut akan bersama pasukan utama Sang Badak tidak lama lagi.

"Dominic Tan, Daniel Ting dan Stuart Wilkin akan kembali berlatih bersama Sabah FC. Sabah FC akan memulakan aksi Piala FA mereka di Stadium Likas, Sabah pada malam esok (Sabtu)," tulisnya.

448201800_1165985131141388_4013886254809609773_n

Dominic merupakan salah seorang pemain Sabah FC yang dipanggil skuad kebangsaan. Facebook/Sabah FC

Hantaran itu sememangnya tepat memandangkan ketiga-tiga mereka sudah kelihatan di padang latihan dengan ia boleh dianggap satu suntikan semangat buat skuad Sang Badak.

Tetapi, setakat ini, masih tiada sebarang maklumat dikongsikan mengenai status Darren Lok yang mengalami kecederaan sehingga menyaksikannya disisihkan daripada skuad kebangsaan.

Berdasarkan rekod musim ini, ketiga-tiga pemain itu beraksi dalam kesemua tiga perlawanan Liga Super dengan sumbangan Stuart merupakan antara aset terpenting setakat ini.

Jaringan dicatatkannya ketika berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di tempat lawan pada Mei lalu menyaksikan mereka terus mencatatkan prestasi memberangsangkan.

Sekiranya berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir, Sabah FC akan menentang sama ada Terengganu FC atau Perak FC yang bakal beraksi pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram