Striker Badak Lampung antara 2 bintang naturalisasi pernah beri sensasi berbeza buat kelab Liga M


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Saha bersama penyokong Penang ketika mewakili Harimau Kumbang pada 2016.

SEJAK 2019, PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) telah memperkenalkan program naturalisasi untuk membantu memperkuat pasukan nasional Indonesia dengan membawa pemain-pemain berbakat dari luar negara yang memenuhi syarat untuk menjadi warga Indonesia.

Ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing pasukan nasional Indonesia di peringkat antarabangsa.

Salah satu pemain kacukan terkenal adalah Stefano Lilipaly, yang berasal dari Belanda dan memiliki keturunan Indonesia.

BACA LAGI: Ramai doa pelaku simbah asid Faisal Halim terima azab teruk, dilaknat ALLAH

BACA LAGI: Kontrak Faisal Halim hingga 2027 terjamin — Selangor FC

Dia telah menjadi individu penting skuad kebangsaan Indonesia sejak menerima kewarganegaraan Indonesia pada 2016.

Ada juga pemain-pemain import yang telah atau sedang menjalani proses naturalisasi untuk memperkuat skuad Indonesia di pelbagai peringkat.

Naturalisasi pemain menjadi topik yang cukup 'panas' dibicarakan di kalangan peminat Indonesia kerana mereka mengulas tentang masa depan 'akar umbi' negara itu.

Kelab Liga Malaysia turut merekrut pemain import yang dinaturalisasikan oleh PSSI untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Majoriti senaraikan dua pemain naturalisasi Indonesia yang pernah menjadi tonggak utama pasukan diwakili mereka:

1. Ilija Spasojevic

Ilija Spasojevic adalah seorang penyerang yang memiliki kewarganegaraan Serbia dan Montenegro.

Dia terkenal kerana kariernya bola sepaknya ketika beraksi dalam Liga Indonesia.

Pemain berusia 36 tahun itu telah menghabiskan sebahagian besar kariernya di Malaysia, apabila beraksi untuk pasukan Melaka United.

Walaupun hanya status pemain import, Spasojevic menjadi figura yang cukup dikenal dalam kalangan penyokong bola sepak negara ini.

Ia kerana penglibatannya dalam Liga Super Malaysia membuatkan penyerang Indonesia itu dihormati dalam komuniti bola sepak Malaysia.

2. Osas Saha

Osas Saha, pemain bola sepak naturalisasi Indonesia yang beraksi dalam Liga Super Malaysia bersama pasukan Penang FC pada 2016.

Pada 2018, Saha memperoleh kewarganegaraan Indonesia, membolehkannya beraksi untuk skuad Sang Garuda.

Sejak itu, dia telah beberapa kali dipanggil untuk menyertai pasukan Garuda dalam perlawanan antarabangsa, menambahkan kekuatan kepada barisan serangan Indonesia.

Namun kehadiran Saha yang juga warganegara Nigeria tidak dapat membantu Penang FC untuk bersaing dalam Liga Super yang melihatkan Harimau Kumbang berada di tangga ke-10 pada 2016.

Saha kini beraksi sebagai penyerang dengan kelab Perseru Badak Lampung FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram