Tiga tonggak Sri Pahang luah sedang 'diuji', petunjuk halus alami isu kewangan


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Pemain Tok Gajah memberi petunjuk mengenai dakwaan isu gaji yang berlaku dalam kem Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang FC

BARU sebulan Liga Malaysia (Liga M) berjalan, isu tunggakan gaji sudah menimpa beberapa pasukan dan masalah berkenaan jauh lebih hangat diperkatakan daripada kemenangan yang diperolehi dalam tiga perlawanan awal ini.

Sebelum ini tunggakan gaji Sabah menjadi tumpuan peminat dengan ada pemain berkongsi keadaan rumahnya yang tiada bekalan elektrik selepas mendakwa sudah lama tidak dibayar ekoran belum mendapat sebarang bayaran gaji dari pihak pengurusan.

Kali ini, beberapa pemain dari kem Sri Pahang pula memberi petunjuk halus mengenai masalah kewangan skuad Tok Gajah yang berhubung kait dengan tunggakan gaji selepas mereka memuat naik luahan berbentuk sindiran dan gesaan kepada pihak pengurusan.

BACA LAGI: Tuduh Pahang hadapi isu gaji, fans Tok Gajah balun page buat dakwaan tak berasas

BACA LAGI: Sense of belonging fans Selangor dipuji penyokong Sri Pahang

Penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Azfar Arif memuat naik sekeping foto di Insta Story bertulis 'tidak ada manusia yang sedang baik-baik saja di dunia ini, semua sedang berjuang dengan ujian masing-masing'.

Hantaran tersebut semakin kelihatan seperti gesaan kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu gaji apabila Azfar Arif menulis kapyen 'kita tunggu esok (Jumaat) macam mana ada tidak'.

Selepas itu, sebagai penjaga gawang nombor satu Pahang, Zarif Irfan pula membuat hantaran berbentuk sindirian kepada pihak pengurusan yang sering mengelak daripada menjalankan tanggungjawab.

Manakala, Syazwan Andik memuat naik kapsyen 'dua kali raya' yang seolah-olah memberi gambaran bahawa masalah ini berlaku sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April lalu dan masih berlaku sehingga perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.

WhatsApp Image 2024-06-14 at 11.37.33

Tangkap layar hantaran Insta Story dari pemain Sri Pahang berhubung dakwaan isu gaji.

Masalah tunggakan gaji Sri Pahang pernah dihebohkan pada April lalu namun ia dianggap hanya alat untuk memporak-perandakan kem Sri Pahang yang ketika itu sedang bersiap untuk saingan Liga Super.

Khabar angin pada April itu mula tersebar apabila laman X, Onefootball.my mengatakan Sri Pahang berdepan isu gaji untuk dua bulan namun ia dianggap sebagai dakwaan semata-mata kerana tiada laporan dibuat pemain mahupun staf pengurusan.

Majoriti sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohamed Suffian Awang untuk mengulas lanjut perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram