Terbuka Indonesia: Jadi mangsa scam tak halang Pei Jing muncul semi finalis, skrip berbeza menimpa Zii Jia dan Jun Hao


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Pei Jing (kanan) dan Kian Meng hanya memerlukan 38 minit untuk menumpaskan lawan mereka dari Korea Selatan itu.

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melangkah ke pusingan separuh akhir Terbuka Indonesia selepas menundukkan pasangan no 8 dunia, Kim Won-ho-Jeong Na-eun dari Korea Selatan pada Jumaat.

Wakil negara itu meraih kemenangan bergaya dalam set pertama dengan keputusan 21-8 sebelum berdepan saingan sengit dalam set kedua, namun masih merekodkan keputusan 21-19.

Ia adalah satu kemenangan cukup bermakna buat gandingan campuran itu, lebih-lebih lagi buat Pei Jing yang menjadi mangsa penipuan scammer baru-baru ini.

BACA LAGI: Simpanan berpuluh tahun lesap, atlet badminton wanita negara jadi mangsa sindiket scam

BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah

Malaysia mixed doubles shuttlers Lai Pei Jing posing for photograph after beating Thailand’s Oupthong Ruttanapak-Sudjaipraparat Jhenicha during the first round of Malaysian Masters at Axiata Arena in Bukit Jalil on Wednesday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pei Jing kehilangan simpanan peribadinya selepas menjadi mangsa penipuan.

Berdasarkan laporan media tempatan, atlet berusia 31 tahun itu kehilangan simpanan peribadinya kepada sindiket pelaburan menurut perkongsian di laman Instagram peribadinya.

Namun, masalah berkenaan jelas tidak memberi kesan terhadap Pei Jing yang pastinya akan terus fokus dalam Terbuka Indonesia apabila mereka bakal berdepan pasangan dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Aksi berkenaan sudah tentu cukup sukar buat pasangan negara itu memandangkan mereka tidak pernah meraih sebarang kemenangan sepanjang bertemu beregu campuran no 5 dunia itu.

Dalam pada itu, nasib berbeza pula dialami dua wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao yang terkandas dalam pusingan suku akhir.

Zii Jia yang beraksi berdepan wakil dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn tersingkir dengan keputusan 21-16, 21-17 sementara Jun Hao yang menentang pemain China, Li Shi Feng berdepan nasib sama dengan skor 21-11, 21-12. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram