POLIS sedang menyiasat dakwaan melibatkan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang didakwa terlibat dalam kes jual beli tanah secara tidak sah seperti mana yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya akan menyiasat sekiranya ada laporan yang dibuat orang ramai.
"Kami akan siasat jika ada laporan," katanya kepada Majoriti.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Hafiz Ostmann mendedahkan dakwaan tersebut menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.
Berdasarkan hantaran itu, individu tersebut mendakwa ramai dikatakan terpedaya dengan helah bekas suami kepada penyanyi, Adira itu khususnya dalam urusan jual beli tanah.
Dakwanya, apabila sudah muflis, mulalah Datuk Red menimbulkan sentimen keluarga untuk menarik perhatian rakyat Malaysia.
"Menipu duit orang rupanya. Apabila dah muflis, macam biasalah, akan mainkan sentimen dengan sebut nama ALLAH lah, Nabi lah, anak nak berbuka puasalah, isterilah, RM100 lah, insaflah.
"Ini semua t***i kucing. Waktu dia tengah berduit (dan) gelapkan duit orang pasal tanah tak nak pula cerita? Ceritalah juga. Apa pasal tak cerita?" dakwanya.
Tangkap layar memaparkan komen netizen di Facebook.
Hafiz turut mendakwa tindakan Datuk Red itu menyebabkan ramai mangsa yang kehilangan wang simpanan begitu sahaja.
"Habis orang-orang yang kena aniaya duit hilang itu macam mana? Yang jadi mangsa mesti ada hilang duit simpanan, duit tabungan hari tua. Itu tak sedih ke?
"Bukan sekejap nak mengumpul duit, berpuluh tahun mengumpul duit, kemudian lesap begitu saja. Bukan RM100, RM1,000 tapi berpuluh mungkin beratus ribu ringgit nilainya. Hangus macam itu saja. Mahu jadi gila mangsa tu," kongsinya.
Mengulas secara umum, pengguna Facebook tersebut turut mendakwa, wang yang diambil daripada mangsa digunakan oleh golongan penipu atau scammer untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka.
"Duit-duit yang kena rembat digunakan untuk scammer hidup mewah, beli kereta mewah, tayang kemewahan sana sini, kahwin poligami.
"Di Malaysia ramai scammer yang tidak dapat didakwa. Tengok apa jadi pasal skim Macau tu?
"Buat rampasan itu ini, duit orang yang kena lebur konon buat pelaburan hartanah itu mana ada dapat balik. Scammer lepas bebas dia jenamakan skim baharu.
"Apapun, sepatutnya ada undang-undang yang membolehkan harta rampasan tersebut digunakan untuk bayar ganti rugi mangsa daripada diperam dan akhirnya masuk ke kantung," dakwanya.
Selain kontroversi itu, Datuk Red juga terpalit dengan kisah sensasi penceraian bersama kedua-dua isterinya, Datin Red dan penyanyi Adira selain diisytiharkan muflis.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram