Simpanan berpuluh tahun lesap, atlet badminton wanita negara jadi mangsa sindiket scam


  • Massa
  • Isnin, 03 Jun 2024

Lain Pei Jing (kanan) menjadi mangsa sindiket penipuan apabila kehilangan hampir kesemua simpanan wangnya.

ATLET beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing menjadi mangsa sindiket penipuan scam yang mengakibatkan dia hilang hampir kesemua wang simpanannya selama berpuluh tahun.

Meminta agar semua pihak memberikan ruang buatnya untuk bertenang, kisah duka itu dikongsikan di laman Instagram pada Ahad.

"Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau bimbang, saya mohon untuk berikan ruang kepada saya dan keluarga untuk menangani emosi kami.

BACA LAGI: [VIDEO] Pancing menang hadiah kupon tunai, ramai khuatir taktik scam guna 'tumbler' percuma

BACA LAGI: 'Hari-hari menangis minta maaf', 'trader' share tips 'sekolahkan' semula scammer

"Sila beri kami masa untuk menerima semuanya, terutamanya ibu saya, ya, saya telah ditipu hampir kesemua simpanan saya oleh sindiket penipuan.

"Sejujurnya, ini adalah tamparan yang sangat berat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak berpuluh tahun.

"Ia memerlukan keberanian yang besar untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka telah ditipu, betul tak?

"Saya harus menjelaskan sebab mengapa saya tiba-tiba menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu. Sebaiknya semua okay, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

"Saya berharap dapat menghalang lebih ramai mangsa dan menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," katanya.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Untuk rekod, pasangan beregu campuran negara, Kian Meng-Pei Jing tersingkir di pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu selepas tunduk di tangan gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Mereka dijangka akan meneruskan cabaran negara pada saingan Terbuka Indonesia bermula Selasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram