[VIDEO] Lin Dan tayang skil, pukul bulu tangkis cuma guna 4 tali raket


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Lin Dan menunjukkan skil badmintonnya dengan memukul bulu tangkis menggunakan raket tidak sempurna.

DALAM sukan kita dapat saksikan pelbagai kisah seteru antara dua pihak. Jika bola sepak, kita ada persaingan hebat antara Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi, tenis pula menyaksikan pertarungan Roger Federer dan Rafael Nadal.

Dalam sukan badminton, kita pernah menyaksikan persaingan antara jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menentang legenda China iaitu Lin Dan. Setiap kali dua pemain ini bertemu, pasti pertarungan sengit ditunjukkan oleh kedua-duanya.

Tapi itu cerita lama, kedua-dua pemain sudah pun bersara dan tidak lagi bermain secara profesional. Tetapi, legasi dan kelas dimiliki masih dijaga rapi.

BACA LAGI: Skuad badminton negara tersungkur suku akhir Terbuka Singapura

BACA LAGI: Dapat bajet tertinggi RTG, badminton kekal sukan harapan buru emas Olimpik

Walaupun sudah bersara sejak 2020, skil badminton Lin Dan masih belum berkarat. Baru-baru ini, tular di media sosial pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali itu sedang bermain.

Dalam video tersebut, Lin Dan kelihatan sedang bersantai-santai membalas pukulan di gelanggang badminton yang dilihat seperti sedang di kompleks latihan.

Lin Dan kelihatan melakukan beberapa pukul dengan kelajuan yang sederhana terhadap rakan sparringnya. Walaupun pukul itu tidak begitu laju, namun ia masih gagal dibalas semula.

Itu sudah cukup hebat, tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah setiap pukulan dilakukan Lin Dan menggunakan raket yang tak sempurna.

Lin Dan menggunakan raket yang cuma terdapat empat utas tali padanya. Di raketnya itu, terdapat dua tali yang diletakkan secara melintang sementaranya bakinya menegak.

Dengan membuat pukulan sempurna menggunakan raket sebegitu, jelas sekali membuktikan kehebatan Lin Dan sebagai legenda badminton.

Hal ini kerana, setiap pukulan dilakukan bekas pemain itu 'cukup rasa' hingga ia sukar untuk dibalas pihak lawan.

Selain pernah menguasai Sukan Olimpik, Lin Dan juga pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak lima kali sepanjang kariernya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram