PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengejutkan pemain nombor satu tuan rumah yang juga pemain ranking ketiga dunia, Jonatan Christie untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia.
Jun Hao yang membuat penampilan sulung dalam perlawanan Super 1000 Jelajah Dunia BWF, beraksi dengan cemerlang untuk meraih keputusan 21-13, 16-21, 21-12 dalam masa 62 minit di Istora Senayan, Jakarta pada petang Rabu.
Bermula daripada senarai simpanan, kemenangan yang diperoleh pemain berusia 24 tahun itu dianggap sebagai pencapaian membanggakan dalam perkembangan kariernya setakat ini.
BACA LAGI: Simpanan berpuluh tahun lesap, atlet badminton wanita negara jadi mangsa sindiket scam
BACA LAGI: Skuad badminton negara tersungkur suku akhir Terbuka Singapura
Jun Hao dijadual bertemu sama ada lawan dari Taiwan, Chou Tien Chen ataupun Lin Chun-Yi di pusingan kedua pada Khamis.
Lebih membanggakan, pemain ranking ke-32 itu pada minggu lalu mencipta kejutan selepas membenam seorang lagi pemain ternama Indonesia yang juga pemain kesembilan dunia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan kedua Terbuka Singapura, 21-14, 10-21, 21-18 dalam tempoh satu jam.
Jun Hao dijadual bertemu sama ada lawan dari Taiwan, Chou Tien Chen ataupun Lin Chun-Yi di pusingan kedua pada Khamis bagi mendapatkan tempat dalam kelompok lapan terakhir. — The Star/R.KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram