Skuad badminton negara tersungkur suku akhir Terbuka Singapura


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengatasi cabaran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas tewas 10-21, 14-21. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

HASRAT untuk melihat sekurang-kurangnya satu Jalur Gemilang berkibar di peringkat separuh akhir tidak kesampaian apabila keempat-empat wakil negara yang turun dalam perlawanan suku akhir lelaki tewas kepada lawan masing-masing di Terbuka Singapura 2024 pada Jumaat.

Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengatasi cabaran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas tewas 10-21, 14-21.

Malah, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga tidak dapat melepasi pemain China, He Jiting-Ren Xiangyu apabila tewas 16-21, 21-9, 17-21 pada perlawanan suku akhir sebelumnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kereta tersadai tepi semak di Pontian, rupanya ada mayat di kerusi tempat duduk

BACA LAGI: [VIDEO] Polis simpan telefon berjam-jam, pemandu e-hailing OKU dikasari pengiring TMJ akui diarah tarik balik laporan

Manakala, perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao kelihatan begitu sukar untuk menggugat permainan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen meskipun dia cuba memberi tentangan namun perbezaan pengalaman dan cara penguasaan gelanggang jelas kelihatan bagi kedua-dua pemain itu.

Axelsen tidak berhadapan masalah untuk ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas Jun Hao dengan straight set 21-12,21-11 dalam masa 41 minit permainan.

Begitupun, Jun Hao berjaya menewaskan pemain nombor tujuh dunia, Anthony Ginting dari Indonesia pada pusingan kedua pada Khamis.

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut menamatkan cabaran di Singapura selepas tewas kepada pemain, Korea Selatan Seo Seung-jae-Chae Yu-jung 14-21, 18-21 lebih awal. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram