Menderita sakit tulang kaki, Azman Adnan terima sumbangan PM Anwar


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Azman Adnan pernah menjadi salah seorang penyerang paling digeruni dalam arena bola sepak tanah air satu ketika dahulu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada legenda Harimau Malaya dan Selangor, Azman Adnan yang kini mengalami masalah kesihatan.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi di kediaman Azman pada Khamis berdasarkan satu perkongsian di laman Facebook peribadinya.

Anwar memaklumkan bahawa bekas penyerang sensasi berkenaan kini menderita sakit tulang kaki.

BACA LAGI: 'Kena ingat dari mana kita mula', 3 legenda Selangor tersinggung aksi 'Siuu' Amri Yahyah

BACA LAGI: Selain LTK, ramai tak tahu 4 lagi legenda HM juga pernah sarung jersi KL

447963958_1036095107872056_2588806970446792203_n

Azman (kanan) bersama Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim di kediamannya. Facebook/Anwar Ibrahim

"Saudara Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-ALLAH," katanya.

Malah, katanya, Azman memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

Untuk rekod, bekas pemain yang kini berusia 52 tahun itu merupakan salah seorang peledak paling digeruni pada era 1990-an dengan beberapa kelab tempatan pernah diwakilinya.

Selain beraksi buat skuad Gergasi Merah, anak jati Melaka itu turut pernah mewakili Kuala Lumpur FA dan Negeri Sembilan FA dengan pelbagai kejayaan berjaya direkodkannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram