Pengarah teknikal bekerja untuk kelab, bukan penyokong — Legenda Selangor


  • Podium
  • Khamis, 06 Jun 2024

Dennis Bekking dilaporkan meninggalkan Selangor.

KEM Selangor FC tidak lekang daripada pelbagai cerita panas. Baru-baru ini, mereka dikaitkan dengan pemergian pengarah teknikal mereka iaitu Dennis Bekking.

Bekking yang bersama Selangor sejak 2022 dilaporkan meninggalkan Gergasi Merah kerana ingin pulang semula ke negara asalnya iaitu Belanda.

Menurut perkhabaran, Bekking dilaporkan mahu kembali ke pangkuan keluarganya selepas berjauhan untuk satu tempoh lama.

BACA LAGI: Dennis Bekking bakal tinggalkan Selangor? Bambang Pamungkas disebut ganti tempat jadi TD

BACA LAGI: Selain Bambang Pamungkas, bekas coach HM antara 3 nama boleh ganti Dennis Bekking

2476989

Bambang Pamungkas disebut-sebut menjadi pengarah teknikal Selangor yang baharu. Agensi

Usai tersebar perkhabaran tersebut, timbul spekulasi mengenai siapakah pengganti Bekking? Adakah Selangor bakal mencari pengganti secepat mungkin atau tunggu sehingga musim baharu tiba?

Terdapat juga cakap-cakap penyokong yang mengatakan Selangor boleh mendapatkan bekas pemain seperti Bambang Pamungkas untuk menjawat jawatan tersebut seperti yang dilakukan Kedah Darul Aman FC menerusi Nelson San Martin.

Namun begitu, untuk menggunakan kaedah tersebut bukanlah satu tindakan yang tepat menurut seorang bekas pemain Selangor.

Menurut legenda Selangor yang tidak mahu didedahkan namanya, jawatan pengarah teknikal itu amat penting kepada struktur sesebuah kelab.

Katanya kepada Majoriti, dia meninggalkan persoalan ringkas untuk difikirkan secara bersama.

"Pengarah teknikal ini dia bekerja untuk kelab atau penyokong?," soal legenda itu dengan ringkas.

Pertanyaan ringkas legenda itu memberikan mesej tersirat yang sebenarnya kelab tidak perlu mengikuti apa yang dimahukan penyokong setiap waktu.

Walaupun suara penyokong itu kuat, tetapi kelab lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan demi kejayaan kelab.

Setakat ini, Selangor belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan Bekking. Selain Bambang, bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo turut dikaitkan dengan jawatan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram