Cari pengganti berkaliber bukan popular pikul tugas TD — Legenda Gergasi Merah


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Bambang Pamungkas bukanlah calon sesuai menjadi Pengarah Teknikal Selangor FC.

PEMERGIAN Dennis Bekking dari jawatan pengarah teknikal di Selangor FC menimbulkan lompong besar kerana jawatan tersebut begitu penting bagi mana-mana kelab bola sepak.

Hingga kini, Gergasi Merah masih berdiam diri mengenai perkara ini dan ia kekal menjadi spekulasi dalam kalangan penyokong.

Timbul cakap-cakap yang mencadangkan agar legenda kelab, Bambang Pamungkas diangkat sebagai pengarah teknikal baharu buat Selangor bagi menggantikan Bekking.

BACA LAGI: Pengarah teknikal bekerja untuk kelab, bukan penyokong — Legenda Selangor

BACA LAGI: Dennis Bekking bakal tinggalkan Selangor? Bambang Pamungkas disebut ganti tempat jadi TD

2730410

Dennis Bekking berkhidmat sebagai pengarah teknikal di Selangor selama dua musim.

Namun begitu, adakah Bambang merupakan calon sesuai untuk mengisi jawatan penting di Selangor itu?

Menurut seorang legenda Selangor, dia bukanlah orangnya.

Kata legenda Selangor yang mahu dirahsiakan identitinya, Gergasi Merah tidak sepatutnya mencari pengganti yang bersifat popular, sebaliknya berkaliber.

"Jawatan pengarah teknikal ini sangat penting, dia mencorakkan struktur sesebuah kelab itu dengan falsafahnya.

"Berbanding mendapatkan individu popular dalam kalangan penyokong, lebih baik pengurusan mencari pengganti berkaliber yang benar-benar boleh menjawat jawatan tersebut," kata legenda itu kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, pengarah teknikal itu seharusnya dilantik dengan mempunyai keupayaan memahami landskap bola sepak Malaysia yang tidak sama seperti di negara lain.

Jika Selangor ingin mendapatkan pengarah teknikal baharu, mungkin mereka boleh menimbangkan muka tempatan untuk jawatan tersebut.

Namun jika mereka ingin dapatkan khidmat warga asing, seeloknya individu tersebut sudah biasa dengan landskap bola sepak Malaysia seperti Bekking yang pernah berkhidmat untuk Akademi Mokhtar Dahari (AMD). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram