Skuad takraw negara terima habuan khas RM170,000 dari MSN


  • Podium
  • Isnin, 03 Jun 2024

Skuad sepak takraw negara menamatkan penantian puluhan tahun untuk mendakap kedua-dua gelaran tersebut.

SKUAD sepak takraw negara akan menerima inisiatif istimewa bernilai RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan kejayaan diraih dalam kempen Piala Dunia Takraw di ibu negara yang berlangsung baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, MSN sudah meluluskan pemberian insentif berjumlah RM60,000 masing-masing kepada pasukan regu dan double susulan kejayaan muncul juara.

Manakala, skuad regu berpasukan yang bergelar naib juara pula menerima RM50,000 pada saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 18 hingga 26 Mei lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hatrik gagal dicapai, penantian 33 tahun Malaysia 'sapu bersih' Piala Dunia Takraw berkecai

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kaki kiri macam tongkat motor', pengulas sepak takraw 'sempoi' malukan Thailand

The opening ceremony of the 72nd edition of the Gurdwara Cup and Sikh Festival of Sports 2024. Hosted by the Kuala Lumpur Sikh Sports and Recreation Club (KLSSRC), will be officially declared open by YB Hannah Yeoh, Minister of Youth and Sports.—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Pengumuman Hannah sudah tentu menyuntik semangat buat skuad sepak takraw negara.

"(Kejayaan) Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 amat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan pemain pula bekerja keras menang emas,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada majlis sambutan kepulangan skuad boling padang para dari Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan.

Pada 22 Mei lalu, skuad sepak takraw negara melakar sejarah selepas menamatkan dominasi Thailand dalam Piala Dunia dengan menewaskan mereka 2-0 dalam kedua-dua perlawanan akhir acara regu dan double.

Penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final pada 26 Mei.

Dalam pada itu, Hannah berkata, NSC masih lagi berbincang mengenai kemasukan semula sepak takraw sebagai sukan teras seperti diminta Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini.

Sepak takraw bersama angkat berat dan taekwondo merupakan tiga sukan digugurkan MSN daripada senarai sukan teras negara pada 2017, berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan peningkatan berdasarkan semakan semula, termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan itu sejak 2007.

Mengenai permintaan berhubung pembinaan stadium khas untuk sepak takraw, Hannah mencadangkan supaya PSM bersama persatuan sukan lain bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk menggunakan kemudahan mereka termasuk bagi tujuan latihan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram