'Bukan YCL tak bagus', fans Seladang hanya idam Kim Pan-gon 2.0


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Penyokong berhasrat pihak pengurusan Perak dapat membawa jurulatih yang lebih baik untuk bergandingan dengan Yusri.

PERAK FC telah mencatatkan dua kekalahan dalam dua perlawanan akhir Liga Super sekali gus meletakkan mereka di tempat tercorot tanpa sebarang mata.

Dalam dua perlawanan terakhir, Perak telah bolos sebanyak enam jaringan dan hanya mencetak tiga gol yang menyaksikan mereka menjadi pasukan paling banyak bocor di gawang gol.

Perlawanan Liga Super pertama, Perak tewas 1-3 di tangan Terengganu FC meskipun memulakan perlawanan dengan baik pada 11 Mei lalu.

BACA LAGI: Selangor turunkan ramai pemain B-23, Nidzam Jamil pernah gilap Azri Ghani dan 2 bintang lain

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’

Pada Sabtu lalu, Perak sekali lagi dimalukan oleh PDRM FC menerusi keputusan 2-3 di hadapan penyokong sendiri sekali gus tewas dalam dua perlawanan berturut-turut Liga Super.

Disebabkan kegagalan pengendali Perak, Yusri Che Lah untuk mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan terakhir, sudah ada komen-komen yang mahu pihak pengurusan melakukan sesuatu.

Seorang penyokong Perak, Aiman Haziq dalam Facebook berpendapat terlalu awal buat Yusri untuk mengendalikan pasukan besar seperti The Bos Gaurus yang mempunyai sejarah besar dalam kancah bola sepak negara.

Malah penyokong itu mengharapkan Perak membawa jurulatih daripada Asia Timur untuk memperbaiki kelemahan pasukan sebelum memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Yusri.

"Kalau Perak kekal dengan rekod kekalahan mohon pihak pengurusan 'sign' jurulatih yang lebih baik.

"Jurulatih dari Korea Selatan atau Jepun ke?

"Memandangkan pemain import dari Korea semua tengah 'perform', skuad kebangsaan kita pun bawah Kim Pan-gon lebih baik jurulatih Korea.

"Tak kata YCL (Yusri) tak bagus, beliau tetap ada aura dan akan menjadi seorang jurulatih yang bagus tapi bukan sekarang, pemain import Perak sendiri cakap yang YCL adalah jurulatih yang bagus.

Park Hang-seo

Hang-seo (kiri) pernah berguru dengan bekas jurulatih Chelsea, Guus Hiddink (tengah).

"Tetapi beliau perlu dalami lagi ilmu kejurulatihan, jadi tempat dia sesuai sebagai penolong kepada top level punya coach yang pihak pengurusan perlu sign.

"Selepas satu atau dua musim baru lantik semula YCL sebagai ketua jurulatih. Macam Park Hang-seo dia bukan terus jadi 'head coach' dia berguru dengan jurulatih kelas A iaitu Guus Hiddink.

"Jadi jurulatih pun perlu diasah, bukan pemain sahaja," katanya.

Perak akan bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di halaman lawan dengan misi untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata sekali gus dapat memperbaiki kedudukan liga.

Untuk rekod, sebelum mengendalikan Perak, Yusri pernah membawa beberapa pasukan dalam Liga Malaysia seperti Perlis, Felcra, Kelantan, Kuala Lumpur, Projek FAM-MSN dan Perak II. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram