Basikal, renang antara sukan sasaran Johor bawa pulang emas dari Sukma Sarawak


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Kejayaan kontinjen Sukma Johor dalam temasya yang lalu membuatkan mereka sebagai pencabar paling digeruni. — Facebook/Rise Up Johor

PENCAPAIAN membanggakan dicatatkan skuad Sukma Malaysia (Sukma) Johor pada edisi yang lalu apabila mereka menduduki tangga teratas dengan 172 pingat dikumpulkan.

Daripada jumlah itu, 77 daripadanya merupakan pingat emas, 52 pingat perak sementara bakinya merupakan pingat gangsa dengan ia membantu mereka mengungguli temasya tersebut.

Jadi, dengan Sukma Sarawak berbaki kira-kira tiga bulan sahaja lagi, terdapat jangkaan besar diletakkan di bahu negeri Selatan tanah air itu untuk mempertahankan kedudukan.

BACA LAGI: Boxer terpinggir Sabah luah rasa tak dihargai lepas cipta nama di peringkat kebangsaan

msg-833685123-45209

Ekmaluddin berkongsi persiapan sudah dibuat kontinjen Sukma Johor bagi temasya akan datang. Media Digital Johor

Sasaran berkenaan turut dipersetujui Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor, Ekmaluddin Ishak meskipun tahu beberapa acara diungguli mereka tidak akan dipertandingkan.

"Seperti yang kita sedia maklum terdapat perubahan dari jenis sukan yang dipertandingkan dan ada beberapa sukan yang sebelum ini menjadi lubuk emas buat Negeri Johor tetapi tidak dipertandingkan pada edisi Sukma kali ini.

"Justeru untuk mengulangi pencapaian yang sama pasukan Johor perlu merancang beberapa strategi lain dan berlatih dengan lebih konsisten," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, wakil kontinjen daripada negeri itu masih bersemangat untuk menampilkan aksi terbaik berdasarkan perancangan serta persiapan dilakukan.

BACA LAGI: Belum ada senarai akhir pemain, Selangor tetap sasar 2 emas sepak takraw SUKMA 2024

Johor Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (middle) together with the Johor athlete who will be participating in this year’s Sukma Sarawak 2024.

Misi besar diletakkan warga Johor terhadap kontinjen Sukma negeri ini.

Dalam menyuntik semangat dalam kalangan atlet, kerajaan Johor pada Februari menjanjikan ganjaran sehingga RM10,000 bagi mereka yang membawa pulang pingat emas.

Tidak cukup dengan itu, jurulatih yang membantu akan menerima habuan sebanyak RM5,000 sementara RM20,000 bakal disalurkan buat sukan dalam kategori berkumpulan.

Insentif berkenaan pasti sudah cukup untuk mendorong pasukan Johor dalam Sukma 2024 meskipun tahu bahawa cabaran hebat bakal diberikan negeri yang bertanding.

Dalam pada itu, Ekmaluddin turut menyenaraikan beberapa acara yang disasarkan mampu menyumbang pingat emas dalam saingan kali ini berdasarkan persiapan dibuat.

307466560_446967444133286_8521233282588598784_n

Pasukan olahraga Johor meraih pelbagai kejayaan pada edisi lalu. Facebook/Rise Up Johor

"Setiap sukan ada keistimewaan masing-masing tetapi antara sukan yang menjadi sasaran pasukan Johor ialah olahraga, berbasikal, renang dan judo berdasarkan kekuatan dan kecenderungan atlet-atlet terbaik yang dimiliki negeri Johor.

"Persiapan pasukan SUKMA Johor melibatkan latihan intensif, strategi taktikal dan fokus mental yang tinggi. Mereka menjalani sesi sparring dengan pasukan dari negeri lain untuk menguji kemampuan dan menyempurnakan keterampilan sebelum pertandingan utama," katanya.

Saingan Sukma 2024 bakal berlangsung bermula 17 sehingga 24 Ogos dengan sebanyak 488 acara dipertandingkan terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita, 35 acara campuran atau terbuka untuk 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram