PENANTIAN 33 tahun untuk Malaysia bergelar juara bagi acara regu berpasukan akhirnya kandas di final selepas tewas 1-2 di tangan Thailand dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada set pertama bagi perlawanan pembukaan acara regu berpasukan, regu pertama negara yang dibarisi oleh pemain berpengalaman, Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak permainan apabila ketinggalan 9-15.
Thailand yang dibarisi regu pertama Siriwat Sakha, Poramet Siriswat dan Varayut Jantarasena bagaimanapun enggan mengulangi kesilapan sama dan tampil beraksi dengan begitu cemerlang.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kaki kiri macam tongkat motor', pengulas sepak takraw 'sempoi' malukan Thailand
BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia jumpa Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw
Trio Gajah Perang itu sebelum ini terlepas gelaran juara bagi acara regu aksi final pada 22 Mei lalu.
Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu daripada penyokong tanah air, Malaysia bangkit dengan cemerlang meninggalkan Thailand 15-11 sekali gus mengheret perlawanan ke set ketiga.
Tidak seperti seperti aksi set kedua, Malaysia ketinggalan 3-8 apabila beberapa servis yang dilancarkan oleh Syahir tidak melepas jaringan.
Namun begitu, berkat kesungguhan dan cinta akan negara, regu pertama berjaya bangkit mendapatkan kemenangan pertama pada set ketiga dengan menundukkan Thailand 15-13.
Bersambung pusingan kedua acara berpasukan, regu kedua negara dibarisi Amirul Zazwan Amir, Haziq Hairul Nizam dan Noraizat Mohd Nordin yang mahu meneruskan rentak kemenangan trio pertama bagaimanapun gagal meraih kemenangan pada set pertama apabila ketinggalan 8-15.
Masih mahu memberi cabaran, trio Thailand tampil cemerlang selepas hanya membenarkan Malaysia mengutip lima mata dalam set kedua.
Thailand bagaimanapun berjaya mengheret perlawanan akhir acara regu berpasukan tersebut ke pusingan terakhir dengan masing-masing pasukan menurunkan regu ketiga mereka iaitu Marukin Phanmakon, Pornthep Tingbangbon dan Tanaphon Sapyen.
Malaysia yang pada awalnya dilihat bersemangat pada set pertama bagaimanapun terpaksa akur dengan ketajaman servis tekong yang dihasilkan oleh pemain gantian Gajah Perang, Sittipong Khamchan yang akhirnya meranapkan impian Malaysia untuk meraih kemenangan set pertama pusingan terakhir.
Memasuki set kedua pusingan ketiga, aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut untuk mendapatkan kemenangan dengan Thailand tinggal selangkah untuk bergelar juara acara berpasukan.
Dengan momentum cemerlang yang ditampilkan oleh regu Thailand, Malaysia akhirnya terpaksa akur dengan regu ketiga Gajah Perang selepas tewas 12-15. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram