[VIDEO] 'Kaki kiri macam tongkat motor', pengulas sepak takraw 'sempoi' malukan Thailand


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Malaysia muncul juara bagi acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024. — Facebook/PSM

SEJARAH tercipta apabila Malaysia muncul juara bagi acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir pada Rabu.

Mendapat sokongan padu peminat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jelas membangkitkan semangat pemain-pemain negara yang dilihat mudah menjinakkan lawan dalam permainan 'straight set'.

Dianggap sebagai pertemuan musuh tradisi sepanjang abad, Malaysia akhirnya berjaya menantkan badi kekalahan di tangan pasukan Gajah Perang tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Duo Aidil-Aizat julang Piala Dunia, ultras Malaysia punca tekong Thailand 'koyak' terduduk di Titiwangsa

BACA LAGI: Rejaman kejam, winning mentaliti Malaysia malukan Thailand di Piala Dunia

2659203

Pasukan sepak takraw negara muncul juara bagi acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Dalam pada itu, tumpuan penonton pada perlawanan itu hangat memperkatakan seorang pengulas di laman Facebook yang cukup bersahaja dalam membuat ulasan secara langsung.

Menggunakan gaya dan lenggok bahasa mudah difahami, ayat seperti 'kereta kebal Thailand dah rosak', 'kaki kiri macam tongkat motor' dan 'Azlan macam KLCC belah kiri' nyata mencuit hati penonton yang menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Facebook.

Pengulas tersebut difahamkan merupakan bekas pemain sepak takraw di peringkat daerah dan kini bertugas sebagai pengulas sambilan di saluran BOLAROTANTV.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang dalam acara regu adalah sembilan tahun lalu di Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) musim 2014-2015.

Di bawah kepercayaan Ketua Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, skuad negara mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sepak takraw dunia bagi acara double dan regu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram