[VIDEO] Nahas pertunjukan aerobatik di Portugal, juruterbang maut pesawat bertembung di udara


  • Benua
  • Isnin, 03 Jun 2024

Dua buah pesawat bertembung ketika melakukan pertunjukan aerobatik di Selatan Portugal pada Ahad. — Agensi

SEORANG juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas dua pesawat kecil bertembung ketika pertunjukan udara di selatan Portugal pada Ahad.

Media Portugal melaporkan bahawa juruterbang salah sebuah pesawat itu telah meninggal dunia.

"Tentera udara dengan sedih memaklumkan pukul 4.05 petang, dua jurutera terlibat dalam kemalangan ketika demonstrasi Pertunjukan Udara Beja yang membabitkan enam pesawat," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Masalah teknikal dipercayai punca 2 pesawat Tentera Udara Indonesia terhempas

BACA LAGI: [VIDEO] Masalah gear punca pesawat Beechcraft TUDM mendarat cemas di LTSAAS

Dua pesawat itu adalah Yakovlev Yak-52, yang merupakan model latihan aerobatik rekaan Soviet.

Tentera udara dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian dan penganjur pertunjukan di lapangan terbang Beja telah menangguhkan pertunjukan tersebut.

Rakaman kejadian memaparkan insiden berkenaan apabila enam buah pesawat membentuk satu formasi sebelum salah sebuah daripadanya tersasar dan berlaku pertembungan.

Seorang lagi juruterbang warga Portugal dilaporkan cedera ringan dan menerima rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Beja, Portugal.

Enam pesawat terbabit merupakan sebahagian daripada kumpulan aerobatik terbesar di selatan eropah yang digelar 'Yak Stars'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram