Polis tembak mati 2 penjenayah ada berpuluh rekod lampau di Hentian Tanjung Malim


  • 112
  • Ahad, 02 Jun 2024

Polis menembak mati dua lelaki selepas berbalas tembakan di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak pada malam Sabtu. — Gambar hiasan

DUA lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Kilometer (km) 396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak pada Sabtu malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat pertama kejadian tersebut kira-kira pukul 11.32 malam.

Kejadian difahamkan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja kelabu didakwa mencurigakan, diekori sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden berdarah KLIA: Suami ada 2 rekod jenayah lampau, hubungan bermasalah sejak 2016

BACA LAGI: Suspek kes tembak KLIA bergelut sebelum ditahan depan hospital, polis rampas pistol

Kata beliau, suspek yang menyedari diekori telah bertindak melarikan diri dengan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

"Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara (KM396.5) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

"Bagaimanapun suspek telah memulakan tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Pihak polis telah membalas tembakan sehingga memastikan keadaan selamat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

SHAH ALAM, 19 Jun -- Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat sindiket mencuri dan menjual penukar bermangkin (Catalytic Converter) ekzos kereta yang menyasarkan pelbagai jenis kenderaan diletakkan di kawasan MRT dan LRT di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berbalas tembakan di Tanjung Malim pada Sabtu malam. — The Star

Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta berlumuran darah dan telah meninggal dunia.

Jelas beliau, suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod lampau dan seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam dikehendaki pihak polis.

Tambahnya, identiti seorang lagi suspek masih dalam proses dikenal pasti.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram