GOLONGAN scammer di negara ini didakwa semakin kreatif untuk mendapatkan butiran peribadi seperti nombor akaun orang ramai.
Terbaharu, mereka dikatakan menggunakan taktik memberikan hadiah percuma dengan mengagihkannya dari rumah ke rumah walaupun barang itu tidak dipesan.
Perkongsian tular di aplikasi WhatsApp menunjukkan satu rakaman seorang lelaki mendakwa mendapat hadiah botol air atau tumbler percuma yang diletakkan di pintu pagar rumahnya.
Apa yang mencurigakan ialah kod QR pada botol air itu yang turut didatangkan dengan ayat 'pancing' kononnya orang ramai boleh memenangi kupon tunai apabila mereka berbuat demikian.
"Modus operandi scam terbaru, dapat botol air percuma...siap letak di rumah walaupun kita tak order.
"Dekat botol tu ada label QR, jangan scan ya. Ini semua kerja penyamun, nak scan duit kamu," dakwa mesej tular itu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki
Dia mendakwa, hadiah botol air itu diselitkan di rumahnya dan kediaman jiran-jiran yang sebaris dengannya.
"Dapat hadiah botol air, orang itu siap-siap dah letak kat pagar.
"Rumah saya ada, rumah jiran pun ada juga.
"Scan QR dapat kupon tunai bernilai RM200 daripada Go Sh******. Jadi anda kena hati-hati," dakwanya lagi.
Tidak dapat dipastikan kejadian itu berlaku di lokasi mana dan kesahihan dakwaan lelaki dalam rakaman tular terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram