Rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk, pasport dan Ysuku antara dirembat penjenayah


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Keadaan rumah Khuzaimi yang dipercayai dipecah masuk individu tidak dikenali pada Rabu malam.

KEM bola sepak Selangor sekali lagi berantakan. Rumah bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee dipercayai dipecah masuk oleh individu tidak dikenali pada Rabu malam.

Khuzaimi menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami pemain berusia 30 tahun itu dan keluarga.

Bagaimanapun, beberapa barang dan harta miliknya dilaporkan hilang.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis

WhatsApp Image 2024-05-23 at 08.35.57

Tangkap layar laporan polis yang dibuat Khuzaimi pada Rabu.

Khuzaimi dalam pada itu turut berkongsikan tangkap layar laporan polis yang dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor pada pukul 11.30 malam, Rabu.

Katanya menerusi laporan tersebut, pintu pagar depan dan belakang rumahnya didapati sudah terbuka sebaik dia pulang daripada menjalani latihan bersama pasukan Selangor FC pada pukul 9 malam.

Selepas memeriksa keadaan di dalam rumah, Khuzaimi mendapati beberapa barang miliknya telah hilang.

"Antaranya ialah ialah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama dan pasport," jelasnya.

WhatsApp Image 2024-05-23 at 07.44.29

Polis membuat siasatan di kediaman Khuzaimi Piee selepas menerima laporan pecah masuk.

Khuzaimi turut meminta jasa baik orang ramai agar dapat membantunya mencari motosikal miliknya yang dicuri.

Sebarang maklumat boleh dimaklumkan kepada dia sendiri atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ini merupakan kes jenayah keempat membabitkan bintang bola sepak selepas Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Akhyar sebelum ini disamun sementara Faisal disimbah asid manakala kereta Safiq dirosakkan menggunakan tukul besi. Kesemua suspek setiap kes masih bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram