Disyaki jatuh ketika bersiap, pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo


  • Massa
  • Isnin, 20 Mei 2024

Norzana Hanim Hamzah meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo.

SEORANG pramugari dari Malaysian Airlines meninggal dunia ketika sedang berada dalam transit di Jepun untuk pulang ke Malaysia.

Norzana Hanim Hamzah yang transit di Tokyo sepatutnya mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan punca kematian Norzana.

BACA LAGI: Kos bahan mentah asyik naik, peniaga terpaksa tingkatkan harga jualan

BACA LAGI: Waris nelayan lemas di Pulau Kendi terima 2 faedah PERKESO

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines, syarikat penerbangan itu telah memberitahu keluarga Norzana mengenai kematiannya.

Mereka akan menguruskan hal tersebut sehingga jenazah Norzana dibawa pulang ke Malaysia.

"Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

"Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana," kata Malaysia Airlines pada Isnin.

Walaupun punca kematian Norzana masih belum dapat dipastikan, terdapat maklumat yang dia meninggal dunia ketika sedang bersiap untuk mengendalikan penerbangan pulang ke Malaysia.

Maklumat tersebut mengatakan yang Norzana terjatuh ketika sedang bersiap.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram