KERAJAAN sebelum ini memaklumkan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini.
Selain mengutamakan kepentingan rakyat, langkah tersebut juga diambil bertujuan mengecilkan defisit fiskal negara dan memastikan ia berada pada kedudukan yang lebih baik.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.
BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar
BACA LAGI: [VIDEO] Dua murid maut, 10 cedera parah kena libas wanita mengamuk di sekolah rendah di China
Kerajaan sebelum ini memaklumkan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini.
Menurut beliau, negara kini berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan memerlukan.
"Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi," katanya.
Rafizi turut memberitahu, kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Pengurangan subsidi mampu membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan, namun tidak dinafikan, pelaksanaan inisiatif itu juga berisiko menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negara.
Ia kerana kenaikan harga barang akan memberi kesan terhadap peningkatan kadar inflasi yang memberi impak negatif kepada pembangunan ekonomi negara.
Pastinya situasi itu bukanlah satu perkembangan baik yang ingin didengar rakyat.
Namun mahu tidak mahu, itu adalah realiti yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia selepas pengurangan subsidi tersebut dilaksanakan kelak.
Sayur sawi pak choy mengalami kenaikan harga sehingga RM12 sekilogram.
Berdasarkan tinjauan Majoriti di sekitar Damansara dan Petaling Jaya, rata-rata peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga barang jualan sekiranya kerajaan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat.
Seorang pengusaha kedai runcit yang ingin dikenali sebagai Nurhashima berkata, kenaikan harga barang di kedainya adalah bergantung kepada harga yang ditetapkan pemborong.
Menurutnya, dia sendiri terpaksa menaikkan harga jualan sekitar RM1 hingga RM2 bagi menampung kenaikan harga bahan mentah khususnya.
"Saya perhatikan sayur seperti terung, sawi pak choy, timun dan beberapa barang lain naik dengan agak mendadak sejak dua bulan kebelakangan ini.
"Contohnya, hari ini (Isnin) saya ambil pak choy daripada pemborong di Selayang dengan harga RM12 sekilogram, biasanya RM8 hingga RM9 sahaja.
"Meniaga kedai runcit untung tak banyak. Kalau dah mereka jual dengan harga yang mahal, kita terpaksa naikkan juga harga," katanya pada Isnin.
Nur Khairina
Luah Nurhashima lagi, pemborong warga asing di Selayang cenderung meletakkan harga yang berbeza untuk kaum sendiri dan peniaga tempatan.
"Kita dapat harga yang jauh lebih mahal berbanding kaum mereka, sebab itulah peniaga warga asing mampu jual dengan harga yang murah.
"Perkara ini dah berlarutan sekian lama, tiada apa tindakan pun. Ada segelintir pelanggan yang bandingkan harga kami, tapi apa saya boleh buat?
"Saya sendiri, saya akan maklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu jika harga barang itu sudah naik, untuk makluman mereka dan elakkan rungutan," jelasnya.
Sementara itu, Nur Khairina Abd Khalil, 28, juga antara peniaga yang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
Ujarnya, jika tidak menaikkan harga jualan, kami terpaksa menanggung kerugian yang berganda.
"Memang tidak boleh nak elak, kami terpaksa juga naikkan harga barang jualan, tapi tidaklah terlalu keterlaluan, tidak lebih RM4.
"Banyak bil yang perlu dibayar, nak bayar gaji pekerja lagi. Jika tidak naik (harga), siapa yang nak tanggung semua itu?" luah peniaga kedai makan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram