[VIDEO] Dua murid maut, 10 cedera parah kena libas wanita mengamuk di sekolah rendah di China


  • Benua
  • Isnin, 20 Mei 2024

Dua maut sementara 10 lagi kanak-kanak dipercayai cedera selepas seorang wanita mengamuk bersenjatakan pisau pemotong buah di China pada Isnin.

DUA maut sementara 10 lagi kanak-kanak dipercayai cedera selepas seorang wanita mengamuk di sebuah sekolah dengan bersenjatakan pisau pemotong buah.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Mingde yang terletak di Daerah Wenfang, China pukul 12 tengah hari Isnin.

Suspek yang dikenali sebagai Pan Moumou, 45 tahun berjaya ditahan polis dengan bantuan orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Helikopter bawa Presiden Iran, pegawai kanan terhempas

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu nyaris rentung BMW terbakar 95 peratus di Sungai Besar

[KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT VIDEO]

WhatsApp Image 2024-05-20 at 19.31.25

Dua daripada pelajar berkenaan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pelajar yang lain sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.

Setakat berita ini ditulis, belum diketahui motif sebenar wanita itu bertindak sedemikian.

Video kejadian juga turut tular di media sosial dan menjadi bualan warga maya di seluruh dunia pada ketika ini.

Melalui beberapa video yang dikongsikan, beberapa petugas keselamatan dilihat cuba membantu membawa keluar murid yang berlumuran darah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram