Lagi kes babit bintang bola sepak, penjenayah mungkin ‘sudah baca’ rutin harian — Pakar jenayah


  • Sukan
  • Khamis, 23 Mei 2024

Akhyar Rashid (kiri) dan Faisal Halim (kanan) merupakan antara mangsa keganasan jenayah baru-baru ini.

ARENA bola sepak negara digemparkan dengan kes jenayah membabitkan empat pemain kebangsaan kebelakangan ini.

Tiga kes terdahulu melibatkan Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim masih menjadi tanda tanya ramai berhubung motif dan identiti suspek yang masih belum diketahui sehingga ke hari ini.

Terbaharu, pemain bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee pula menjadi mangsa apabila kediamannya dipecah masuk individu tidak dikenali pada Rabu malam.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis

khuuz

Tangkap layar laporan polis yang dibuat Khuzaimi pada Rabu.

Beberapa barangan seperti beg silang, passport dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR miliknya dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Mengulas lanjut berhubung kes tersebut, fasilitator dan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, penjenayah kini sudah boleh menghidu peluang ataupun lubuk jenayah dalam kalangan pemain bola sepak negara.

Jelasnya, trend jenayah melibatkan pemain bola semakin menjadi ikutan dek kerana maklumat dan rutian harian mangsa mudah dihidu suspek.

"Penjenayah kini lebih bijak mensasarkan pemain bola sepak mungkin kerana jadual ataupun rutin harian mereka mudah bocor dan diketahui umum.

"Jadual latihan, jenis kereta dipandu dan alamat rumah misalnya terlalu mudah diketahui dan membolehkan sesoerang individu itu merancang niat jahat.

"Suspek boleh tahu bila mereka berada di stadium dan waktu bilakah kediaman mereka kosong tidak berpenghuni, jadi secara tidak langsung keselamatan pun mudah terancam," katanya kepada Majoriti.

PENANG 08 October 2015. Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Affandi Hashim semasa menyampaikan ceramah mengenai jenayah terhadap wanita sempena Seminar Wanita dan Jenayah di Dewan Kuliah, Universiti Sains Malaysia. STR/Zulaikha Zainuzman

Fasilitator dan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menyifatkan maklumat dan rutin harian pemain bola sepak negara terlampau mudah diketahui.

Menafikan kesemua kes terbabit dirancang individu serupa, Kamal sebaliknya menyifatkan ia berpunca daripada ikut-ikutan pihak tertentu yang secara tidak langsung menjadikan pemain bola sebagai modus operandi jenayah.

"Bermula dari satu kes, ia mungkin memberi idea kepada beberapa lagi individu untuk turut menyasarkan pemain bola sebagai mangsa jenayah.

"Kalau nak dikatakan kesemuanya berpunca daripada seorang suspek yang sama ia tidak logik, sedangkan kes ragut di Malaysia sudah bertahun jadi adakah ia juga berpunca dari penjenayah yang sama.

"Ini semua pencetus kepada satu lagi sasaran dengan pelaku kini lebih bijak menjejak identiti dan maklumat pemain untuk melakukan niat tidak baik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram