Murid tadika 'haram' pegang gajet di rumah, elak jenayah seks berleluasa — Dr Rosna Awang


  • Massa
  • Khamis, 23 Mei 2024

Trend penggunaan gajet dan peranti pintar semakin meluas dalam sistem pembelajaran sekolah peringkat rendah. — Gambar hiasan

JENAYAH seks membabitkan kanak-kanak bawah umur kian meruncing susulan penggunaan teknologi melampau yang semakin sukar dibendung.

Meskipun seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, namun golongan bawah umur khususnya dilihat masih belum sesuai dipraktikkan dengan penggunaan gajet di sekolah.

Terbaharu, seorang kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seks apabila diperdaya individu dikenali secara dalam talian.

BACA LAGI: [VIDEO] Sarjan misai 'sekolahkan' budak kaki gajet, bapa akui anak makin kurang pegang fon

BACA LAGI: [VIDEO] Ketagih guna gajet, budak 'scroll' angin sambil menangis macam kena rasuk

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pemangsa jenayah seksual kanak-kanak menggunakan media sosial untuk mengenali dan mempengaruhi kumpulan berkenaan.

Jelasnya, penggunaan internet dan peranti telekomunikasi juga menjadikan kes sedemikian lebih kerap berlaku.

Mengulas lanjut berkaitan hal itu, Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr Rosna Awang Hashim berkata, kumpulan kanak-kanak di peringkat tadika tidak sesuai didedahkan dengan peranti gajet.

Akur dengan kemudahan teknologi masa kini, namun beliau tegas menyatakan murid tadika perlu dilarang bermain telefon pintar sendirian.

"Segalanya bermula di peringkat kecil, kalau budak bawah enam tahun sudah dibiasakan belajar secara digital, lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang akan diperoleh.

"Belum tiba masanya untuk mereka diberikan kerja rumah melalui telefon pintar atau aplikasi sebagainya kerana masih kurang daya pemahaman, lebih baik 'haramkan' gajet di rumah.

"Tadika sekarang ada yang terlampau moden sehingga memiliki aplikasi mudah alih untuk berhubung dengan pelajar di rumah, tetapi kesudahannya disalah guna oleh kanak-kanak.

"Kecil lagi sudah pandai buat panggilan video, ber-whatsapp dan sebagainya, sedangkan penjahat di luar sana sentiasa menanti peluang sebegini," katanya kepada Majoriti.

jdj

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar guru di peringkat sekolah rendah perlu saling bekerjasama dengan ibu bapa pelajar dalam memberikan tugas melalui peranti digital.

"Apa yang saya lihat sekarang budak sekolah dah mula diberikan tugas secara atas talian, tetapi sayangnya mereka tiada pantauan di rumah.

"Guru perlu tetapkan jadual tertentu dalam seminggu dan wajib dimaklumkan kepada ibu bapa jika ada keperluan tugasan di rumah.

"Sekarang budak-budak dibiarkan siapkan kerja sekolah dan berbincang sesama rakan melalui whatsapp, sudahnya mereka merancang sesuatu di luar jangkauan dan itu yang menyumbang kepada jenayah seks dan sebagainya," tambahnya.

Untuk rekod, Selangor merupakan negeri yang paling banyak menerima kes melibatkan jenayah seksual.

Faktor yang membawa kepada statistik itu termasuklah populasi penduduk, kedudukan dengan negeri jiran, akses internet dan kemudahan di kawasan bandar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram