KEPUTUSAN kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkata, penyasaran itu hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia tanpa membabitkan pengguna Sabah dan Sarawak.
Malah jelasnya, kumpulan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi itu adalah T20, iaitu golongan terkaya dan rakyat asing di negara ini.
BACA LAGI: Subsidi diesel bersasar bermula di Semenanjung, PM Anwar beri 'list awal' senarai kenderaan manfaat
BACA LAGI: Subsidi bersasar, rebat ‘one off’ KWSP antara harapan rakyat dalam Perutusan Negara PM Anwar
Meskipun usaha itu dijangka mampu membawa jumlah penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan, namun rakyat khususnya golongan B40 sudah mula berteka-teki akan kesan dan implikasi jangka panjang pelaksanaan tersebut.
Anwar ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung pada Rabu.
Berdasarkan komen warga maya di laman media, rata-ratanya mendedahkan bahawa kebanyakan pengguna bahan api diesel adalah dalam kalangan keluarga B40.
"Ramai ke T20 yang pakai kereta guna minyak diesel, kereta mewah macam Ferrari, BMW dan lain-lain rasanya masih guna petrol, B40 peniaga kecil di pasar yang banyak pakai kereta diesel ni," kata Ibnu Ahmad.
"Kenapa memberi kesan kepada T20 dan warga asing, mereka guna motosikal pakai diesel ke, golongan kaya pakai Mercedes bukan guna diesel, yang paling penting tak ada pun umum harga minyak turun," ujar MZY.
"Sepatutnya kena lihat jumlah tanggungan keluarga, bukan pukul rata berdasarkan kategori, bukan semua B40 hidup susah dan T20 semuanya senang, paling terkesan M40 yang tak dapat bantuan tapi sederhana hidup di bandar dengan kos tinggi," tambah Pian Popoy.
Dalam pada itu, warga maya turut mendedahkan bahawa golongan T20 kini sudah beralih kepada kereta elektrik (EV) yang semakin menjadi tumpuan dunia kebelakangan ini.
Situasi itu dalam pada masa sama tidak menjejaskan kumpulan tersebut yang disifatkan tiada kepentingan dalam penyasaran bahan api berkenaan.
"Orang kaya sekarang dah beralih kepada kenderaan EV, jadi apa kaitan mereka dengan penyasaran diesel ini, sudahnya ia berbalik kepada B40 yang berniaga dan ditambah pula dengan kos bahan api mahal selepas ini," kata KhairuddinJamas.
"Zaman moden sekarang semua dah pakai kereta elektrik, kalau T20 dengar penyasaran subsidi ini semua pun tak hairan," ujar EffaKhalis.
Untuk rekod, Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.
Ini bermakna, golongan B40 dan M40 yang menggunakan diesel dalam bidang pertanian, perlombongan, penternakan dan nelayan akan terus diberikan bantuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram