Man United dapat bajet 'ciput' musim depan


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Manchester United dilaporkan berdepan krisis kewangan menjelang saingan EPL musim depan. — Agensi

KELAB bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dijangka berdepan krisis kewangan apabila hanya diberikan bajet perpindahan sebanyak AS$4 juta (RM164,963,750) menjelang saingan musim depan.

Mempamerkan aksi mengecewakan di bawah kendalian Erik ten Hag, Manchester United menamatkan saingan musim ini di tempat kelapan.

Menurut laporan media, pasukan itu difahamkan bersedia untuk menjual hampir kesemua pemain utamanya menjelang jendela perpindahan kelak dengan hanya tiga pemain akan dikekalkan iaitu Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund.

BACA LAGI: Bukan saja di Malaysia, isu rumput punca Man City, Real Madrid seri

BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL

Walau bagaimanapun, Ten Hag dalam satu laporan menafikan perkara itu dan mengatakan ia hanya sekadar khabar angin.

Namun, dengan krisis kewangan dihadapi kelab itu ketika ini, pengurusan pasukan dijangka akan menjalankan tawaran besar-besaran bagi menampung perbelanjaan kelab.

Barisan pertahanan merupakan posisi utama yang akan dibubar susulan kegagalan pemain sedia ada mempaperkan persembahan konsisten musim lalu.

Selain itu, isu kecederaan berulang turut membelenggu beberapa pemain seperti Marc Guehi dan Jean-Clair Tobido.

Manchester United dalam pada masa sama akan kehilangan Anthony Martial selepas sembilan tahun berkhidmat dengan kelab itu dan Sofyan Amrabat kini di landasan tepat untuk kembali ke kelab asalnya, Fiorentina selepas tempoh pinjamannya sudah pun tamat.

Pemain tengah Crystal Palace, Michael Olise juga dikhabarkan berada dalam radar perpindahan bersama Jarrad Branthwaite. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram