Saya dah penat, musim depan mungkin yang terakhir — Guardiola


  • Podium
  • Isnin, 20 Mei 2024

Kontrak Pep Guordiola dijangka akan tamat pada saingan musim depan.  — Agensi

PEP Guardiola mengakui musim depan mungkin penampilan terakhirnya sebagai pengurus Manchester City selepas kelab itu mencipta sejarah sebagai pasukan pertama sejak penubuhan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 1888 yang berjaya merangkul empat kejuaraan berturut-turut, berikutan kemenangan 3‑1 menentang West Ham pada Ahad.

Guardiola, yang hampir menitiskan air mata apabila bercakap mengenai pemergian Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool, turut mendedahkan bahawa dia pada mulanya bergelut untuk mendapatkan motivasi berikutan kejayaan 'treble' musim lalu sebaik memenangi final Liga Juara-Juara di Turki.

“Selepas Istanbul saya menganggap ia sudah berakhir, tidak ada apa-apa lagi tetapi saya masih ada kontrak di sini.

BACA LAGI: Bukan saja di Malaysia, isu rumput punca Man City, Real Madrid seri

BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL

“Kadang kala saya agak letih tetapi ada waktu yang saya suka dan kami di sini berjaya memenangi beberapa perlawanan serta kelihatan baik dengan pemain baharu.

Saya mula berfikir bahawa tiada siapa yang berjaya mencapai empat kali kejuaraan berturut-turut, mengapa kita enggan cuba? dan sekarang saya rasa ia sudah selesai, jadi apa seterusnya,” katanya menurut laporan media.

gettyimages-2153701887

Manchester City bergelar juara saingan EPL musim ini. — Agensi

Untuk rekod, kontrak Guardiola dijangka tamat pada penghujung musim depan selepas jurulatih berusia 53 tahun itu mula mengambil alih The Citizens pada 2016.

“Realitinya saya lebih hampir untuk pergi daripada kekal, saya telah berbincang dengan pengurusan kelab dan perasaan saya ketika ini hanya mahu kekal sehingga musim depan.

"Saya akan kekal sehingga musim depan dan keputusan akan dibuat ketika saingan bermula," ujarnya.

Kejuaraan Manchester City berjaya diperoleh selepas kelab itu memenangi 23 perlawanan tanpa kalah dalam saingan EPL yang menampilkan 19 kemenangan dan empat seri.

Pasukan itu menamatkan saingan dengan jumlah 91 mata keseluruhan, dua mata di depan pencabar terdekat, Arsenal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram