Bukan saja di Malaysia, isu rumput punca Man City, Real Madrid seri


  • Podium
  • Khamis, 11 Apr 2024

Pasukan Man City terpaksa akur dengan keputusan seri aksi berdepan Real Madrid. — Instagram/mancity

JUARA bertahan, Manchester City terpaksa akur dengan keputusan seri selepas bertarung dalam perlawanan dramatik pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Santiago Bernanbeu, Real Madrid itu menyaksikan juara treble, Man City terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-3.

Susulan keputusan seri tersebut, pemain tengah Man City, Rodri mengkritik keadaan padang berkenaan yang didakwa punca pasukan itu gagal meraih kemenangan.

BACA LAGI: 'Tunggu dan lihat', MFL belum muktamad jumlah kelab Liga Super

WhatsApp Image 2024-04-11 at 15.06.18

Skuad Real Madrid berjaya mengikat juara treble, Man City dengan keputusan 3-3. — Instagram/realmadrid

BACA LAGI: Reputasi buruk sampai ke FIFA, Sang Kenari belum boleh menarik nafas lega

Rodri berkata, rumput di stadium berkenaan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dengan keadaan rumput yang panjang dan juga tidak rata.

"Rumput di stadium Santiago Bernabeu sangat panjang, bahkan ia tidak rata,” kata Rodri selepas tamat perlawanan.

Bukan itu sahaja malah pengurus Man City, Pep Guardiola turut bersetuju dengan kritikan yang dibuat oleh anak buahnya itu berkaitan keadaan rumput tersebut.

Malah, Guardiola turut berharap agar pihak pengurusan stadium berkenaan memberi tumpuan kepada keadaan rumput selain perlu menambah baik infrastruktur stadium.

"Mereka hanya perlu menjaga rumput dengan baik dan menjaga baik infrastruktur stadium dengan baik," katanya.

Dalam aksi tersebut, enam gol tercetak dengan gol-gol Real Madrid disumbangkan oleh Rodrygo, Federico Valverde dan jaringan sendiri pertahanan City, Ruben Dias.

Manakala, tiga gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Bernando Silva, Phil Foden dan Jack Grealish. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram