Dua lelaki bawa parang dicekup cuba ceroboh Istana Negara


  • 112
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Dua lelaki ditangkap kerana cuba memasuki Istana Negara menggunakan Pintu 3.

DUA lelaki ditangkap selepas dipercayai cuba menceroboh Istana Negara pada Jumaat, kata polis.

Menurut pihak berkuasa, kedua-duanya lelaki itu ditahan selepas pemeriksaan terhadap kereta mereka menemukan senjata jenis parang dibawa bersama ketika cuba masuk menerusi Pintu 3, Istana Negara.

Mereka dikatakan mempunyai niat untuk bertemu dengan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim, jelas polis.

BACA LAGI: Serangan Ulu Tiram: Warga Singapura antara 7 individu direman seminggu

BACA LAGI: [VIDEO] Sindiket seludup PATI tumpas, 7 warga Bangladesh ditahan di KL

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pemeriksaan yang dilakukan sekitar pukul 4.40 petang itu menyaksikan pihak polis menahan kereta jenis Perodua Kembara di depan Pintu 3.

Siasatan lanjut mendapati terdapat senjata berbentuk parang di dalam kenderaan suspek. Pihak polis kemudiannya menahan kedua-duanya yang berusia 29 dan 37 tahun.

Kedua-dua suspek kemudiannya direman selama empat hari untuk membantu siasatan. Ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Bahaya 1958.— The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram