[VIDEO] Orang awam bantu tahan pemandu Satria cuba lari ikut parit lepas lawan arus di Klang


  • Tular
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Tangkap layar seorang lelaki dicekup penduduk awam selepas dipercayai melarikan diri akibat kemalangan di Taman Sentosa, Klang, Selangor pada Jumaat.

SEORANG pemandu lelaki dicekup penduduk awam selepas didakwa melawan arus dan merempuh beberapa buah kenderaan di Jalan Kebun, Klang, Selangor pada Jumaat.

Difahamkan, pelaku terlebih dahulu terlibat dalam kemalangan kecil dengan seorang penunggang motosikal, sebelum bertindak melarikan diri akibat ketakutan.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, insiden itu tercetus akibat pertengkaran mulut apabila penunggang terbabit mengancam untuk merosakkan kenderaan lelaki tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah menyelit melawan arus, penunggang 'motorbike' meronta kaki hancur disagat kereta

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu H no plat '2 angka' hati kering lawan arus, kaw-kaw kena kejar polis Johor

"Akibat terlalu takut, pemandu Satria itu memecut laju sehingga ke laluan Jalan Raja Nong, Klang dan bergesel dengan sebuah motosikal, namun terus melarikan diri selepas dikejar kedua-dua penunggang terbabit.

"Suspek kemudiannya memandu secara melawan arus dan dalam situasi itu, dia merempuh beberapa kenderaan di bahu jalan sebelum bertindak terjun ke dalam parit," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, semasa di dalam parit, individu berkenaan dibaling dengan beberapa objek keras, namun berjaya dileraikan selepas pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Selain Proton Satria berwarna merah yang dipandu suspek, insiden itu turut mengakibatkan sebuah lori mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sehingga boleh mendatangkan kecederaan terhadap orang lain dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram