SIAPA sangka, lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo bertajuk Cinta Setandan Pisang yang popular dengan lirik Bey Sobar Bey digunakan oleh laman rasmi Tiktok pasukan gergasi Itali, Juventus.
Melalui video berdurasi 12 yang dimuat naik itu menyaksikan Dusan Vlaholic cemerlang menjaringkan gol melalui tandukkn padunya.
"Jangan risau admin setia orangnya. 143 Juventus forever," tulis pentadbir laman TikTok berkenaan.
Seperti maksud di sebalik lagu tersebut yang menuntut kesetiaan maka Juventus menggunakan lagu itu untuk menjelaskan bahawa mereka juga memiliki penyokong yang setia bersama pasukan tidak mengira ketika bergelar juara Serie A ataupun tidak.
BACA LAGI: 'Bukan saya', ejen Seo nafi ada tunggakan gaji 6 bulan, anggap hanya salah faham
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong setia Juventus dari Malaysia turut terhibur dengan lagu yang digunakan.
"Juventus guna sound Kelate (Kelantan)," kata AK xOREO.
"Juventus suka lagu Kelantan," kata Mohd Adib pula.
BACA LAGI: Perak FC dah bayar, mungkin ejen tak 'release payment' Seo Seonung — Azim Zabidi
Untuk rekod, kali terakhir Juventus menjadi juara Liga Serie A adalah pada edisi 2019/2020 dan musim ini pula menyaksikan pasukan Inter Milan muncul juara liga dengan Juventus berada di tangga ke ketiga dalam liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram