TERENGGANU FC (TFC) berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pramusim apabila menewaskan cabaran Sri Pahang FC dengan keputusan 1-0 pada Sabtu.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik.
Sang Penyu menurunkan pemain utama seperti duo Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Shahrul Nizam, Marin Pilj, Manuel Ott serta Ismaheel Akinade.
Manakala, skuad Tok Gajah pula mempertaruhkan pemain baharu seperti T. Saravanan bersama-sama pemain sediakala seperti Azam Azih, Sergio Aguero, Syazwan Andik, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq.
BACA LAGI: 'Ibarat kera di hutan disusukan', fans bengang padang elok seolah-olah untuk legenda EPL, bukan HM
Nurillo Tukhtasinov (dua kiri) menjadi watak penting apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus memberikan kemenangan kepada TFC. — Facebook/TFC
BACA LAGI: Ubi muda Harimau Selatan dah patut naik pangkat ganti Natxo bentuk set 'midfielder' JDT
Meskipun kedua-dua pasukan saling membalas serangan namun tiada jaringan berjaya dicetak dalam babak pertama perlawanan.
Bagaimanapun, penantian gol akhirnya berakhir apabila import Sang Penyu, Nurillo Tukhtasinov berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit-86 sekali gus memberikan kemenangan kepada Terengganu.
Meskipun meraih kemenangan tipis itu, tidak kurang juga ada penyokong yang tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh Ismaheel Akinade sebagai pengganti penyerang utama Sang Penyu.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan kehilangan penyerang utama Sang Penyu, Ivan Mamut memberi kesan yang mendalam kepada skuad tersebut terutamanya di bahagian serangan.
"Rindu kelibat Ivan Mamut, Mael bukan tak bagus tapi dari segi fizikal, ketinggian dan cara posisikan diri, Mamut lebih lagi," kata Tok Yie Janggut.
"Ni kalau ada Mamut lain sikit serangan sebab Mamut boleh buka ruang ke kiri ke kanan, beza sangat dengan Mael," kata Faizwan Faez.
"Rindu Mamut depan pintu gol, kena lock pun serupa tu je dia pusing," kata Nui'e San.
"Terbaik ada peningkatan, masa ini teringat pula dekat Ivan Mamut, kalau ada dia bahagian depan lebih tajam," kata Muhamad Fazrol.
Ivan Mamut terlepas sepanjang aksi pramusim akibat dibelenggu kecederaan betis dan mungkin terlepas beberapa perlawanan awal Liga Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram