Perak FC dah bayar, mungkin ejen tak 'release payment' Seo Seonung — Azim Zabidi


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Azim menjelaskan isu itu tidak terpalit dengan pengurusan skuad TBG kerana pembayaran sudah diselesaikan. — Facebook/Perak FC

KECOH di media sosial apabila bekas penyerang import Perak FC, Seo Seon-ung dilaporkan tidak menerima bayaran gaji sepanjang beraksi buat pasukan Utara tanah air berkenaan.

Perkhabaran tersebut pasti menimbulkan tanda tanya kerana kelab itu diketahui dengan struktur kewangan yang kukuh berbanding pencabar lain dalam Liga Super.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, masalah terbabit tidak berkaitan dengan pihak pengurusan kerana bayaran sudah dibuat.

"Ia tiada terkait dengan kami, jadi mungkin ia berada di tahap ejen. Sepanjang enam bulan di sini, kami bayar gajinya. Jadi, ini melibatkan ejen, bukan dengan kami," katanya kepada Majoriti.

Berdasarkan maklumat terdahulu, Seo menyertai skuad The Bos Gaurus (TBG) di samping beberapa pemain Korea Selatan lain di bawah kendalian ejen dari negara itu, Leo Jeong.

BACA LAGI: Posisi baharu Seo-nung berbaloi, sumbang kemenangan sulung Perak FC

1980395

Seo beraksi dengan cukup cemerlang ketika bersama skuad TBG. Facebook/Perak FC

BACA LAGI: Import buruan Perak seiras bintang EPL dilabel 'panic buying'

Khidmatnya turut didambakan beberapa pasukan lain dengan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dan Sri Pahang FC merupakan antara kelab yang menyambar import di bawah agensi pemain itu.

Bagaimanapun, kredibilitinya kini semakin dipersoalkan kerana ejen berkenaan sering menyalurkan pemain muda tanpa pengalaman mencukupi dalam karier masing-masing.

Majoriti sebelum ini melaporkan Seo mendedahkan dia tidak menerima bayaran gaji selama enam bulan seperti mana dikongsikannya dalam hantaran di Instastory peribadinya.

Perkhabaran berkenaan pasti menimbulkan rasa kurang senang kerana penyerang itu merupakan nadi utama dalam jentera serangan skuad TBG sepanjang musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram