"BUKAN saya dan ia hanyalah salah faham."
Itulah perkongsian ejen bekas pemain Perak FC, Seo Seon-ung berkenaan dakwaan yang menyatakan individu itu tidak membayar gajinya selama enam bulan ketika beraksi dalam Liga Malaysia.
Bercakap kepada Majoriti, Leo Jeong yang bertanggungjawab membawa Seo ke Perak memberitahu sudah menghubungi pemain muda itu dan ia hanyalah salah faham antara mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Petik nama TMJ, Ferdy Druijf semakin hampir sarung jersi Harimau Malaya?
Permohonan maaf yang dimuat naik Seo berkenaan posting yang dimuat naik.
"Seo dengan saya tiada masalah, kami baru sahaja berhubung semalam, dia mendapat gaji melalui pasukan (Perak).
"Dia memberitahu itu (kenyataan) hanyalah salah faham antara saya dengan dirinya dan dia pun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya.
Seo juga telah memuat naik kenyataan dalam Instagram yang membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengelirukan banyak pihak dengan perkongsian di dalam Instagram sebelum ini.
"Hi peminat Malaysia, posting yang saya muat naik sebelum ini adalah salah.
"Ramai orang berfikir Leo (ejen) adalah orang jahat sebab bawa saya semasa datang ke Malaysia.
"Itu semua tidak benar, dia hanya bantu saya dan kini masih membantu pemain lain untuk mencuba nasib di luar negara.
"Lupakan posting yang saya muat naik sebelum ini, saya minat maaf kerana telah menyebabkan salah faham dan minta maaf Leo," ujar Seo dalam Instagram.
BACA LAGI: Dah 'deal' dengan pasukan lain, Allee dedah sebab 'Hamba ALLAH' sertai TRW Kelantan
Seo (kanan) menjadi tonggak penting Perak pada musim lalu.
Sebelum ini, Seo membuat satu pendedahan mengejutkan apabila menyatakan dia tidak menerima bayaran gaji sepanjang beraksi buat skuad The Bos Gaurus (TBG).
Dalam satu hantaran di Instastory peribadinya, pemain berusia 24 tahun berkenaan menjelaskan bagaimana dirinya terjerumus ke masalah tersebut gara-gara ketiadaan pasukan.
"Saya tahu kenapa dia (ejen) berkenaan melakukannya, ini semua kerana wang. Mereka hanya menggunakan pemain muda tanpa kelab kerana masing-masing amat terdesak.
"Sebenarnya, saya tidak mahu katakannya, tetapi ketika saya datang ke Malaysia, saya tidak dibayar gaji enam bulan kerana kontrak saya tidak membenarkannya," kata Seo.
Selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan, pemain berkenaan memilih untuk menyertai kelab divisyen bawahan Korea Selatan, FC Mokpo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram