MENJELANG pembukaan kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25, masing-masing pasukan sudahpun membuat persiapan bagi menghadapi cabaran tersebut.
Johor Darul Takzim (JDT) antara kelab Liga Super yang agresif membuat persediaan apabila terbang jauh ke bumi Sepanyol.
Setakat ini, di bawah kendalian Hector Bidoglio, Harimau Selatan mencatat empat kemenangan dan satu seri di negara Latin itu.
Meskipun begitu, JDT masih mempunyai dua lagi perlawanan bakal dihadapi sebelum menamatkan pramusim berdepan kelab di Sepanyol.
Bercakap mengenai barisan pemain JDT, kesemua mereka menampilkan prestasi yang terbaik apabila diberi peluang untuk beraksi di atas padang.
Bagaimanapun, segelintir 'ekor' Harimau Selatan menyuarakan pendapat mereka mengenai kecergasan pemain tengah veteran JDT, Natxo Insa yang dilihat sudah berusia.
Hal ini kerana, Natxo yang juga pemain tengah kebangsaan itu didakwa kini berdepan masalah kurang cergas ekoran umurnya yang sudah mencecah 37 tahun.
Dalam pada itu, terdapat dua nama pemain JDT II yang dilihat sesuai untuk menggantikan posisi Natxo dalam skuad senior.
BACA LAGI: Baru pramusim, sudah ada senarai bintang import 'flop', bakal menyinar
Adam Farhan antara nama yang disebut bakal pengganti Natxo. — Facebook/JDT
1) Adam Farhan
Pemain tengah JDT II, Adam Farhan antara pemain yang dilihat sesuai untuk menggantikan Natxo dalam skuad utama.
Adam Farhan dilihat mempunyai peluang untuk naik ke skuad senior kerana sebelum ini dia mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan utama musim lepas.
Meskipun belum mencetak sebarang jaringan bersama JDT, Adam Farhan bagaimanapun mempunyai peluang untuk diserap ke skuad utama.
Dengan umurnya yang berusia 20 tahun itu, pastinya peluang Adam untuk bersinar bersama skuad senior dilihat masih cerah.
Aksi cemerlang Aysar bersama skuad kebangsaan antara faktor dia sesuai menjadi pengganti Natxo. — Facebook/JDT
BACA LAGI: VAR sekadar rujukan, pengadil boleh 'stand' keputusan — Subkhiddin
2) Aysar Hadi
Aysar Hadi antara pemain yang pernah beraksi di Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) bagi musim 2023.
Sepanjang beraksi bersama JDT II, Aysar Hadi mencetak satu gol dan tampil dua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia.
Untuk rekod, Aysar pernah mencipta nama apabila muncul sebagai Pemain Terbaik Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) musim 2022.
Pastinya kejayaan tersebut dijangka mampu memberi peluang kepada Aysar untuk beraksi bersama pasukan senior. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram