Lepas hampir dapatkan bek Terengganu, kelab Lembah Klang disebut-sebut mahu sambar Amri Yahyah


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Amri kini sudah tidak bergelar pemain profesional selepas mengumumkan persaraannya tahun lalu. — Facebook/Sabah FC

SELEPAS bertahun-tahun mewarnai arena bola sepak tanah air, Amri Yahyah akhirnya mengumumkan persaraan daripada sukan tersebut pada pertengahan 2023.

Dia yang pernah beraksi buat beberapa kelab, seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor berpeluang meraih pelbagai kejayaan di peringkat domestik dan Asia.

Jadi, tidak hairanlah apabila ketika dia mengumumkan hasrat untuk menamatkan kariernya, penyokong seakan-akan sukar dalam menerima perkhabaran itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Amri yang berusia 43 tahun itu dikhabarkan mahu kembali ke atas padang dengan terdapat sebuah pasukan bersedia untuk menerima kepulangannya.

BACA LAGI: Padah terlajak kata, Bojan Hodak tak lama berjodoh dengan Harimau Muda

438217405_122105389808286286_5846790854464452519_n

Barisan kejurulatihan Putrajaya Athletics kelihatan cukup mantap. Facebook/Putrajaya Athletic

Dalam satu hantaran di akaun Facebook Malayantigerfans, pemain tersebut dikaitkan dengan kelab Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletic yang baru sahaja ditubuhkan.

Meskipun baru sahaja diperkenalkan, pasukan Lembah Klang berkenaan sudah dikenali apabila pada awal April lalu, mereka berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC dalam satu aksi persahabatan.

Namun, ura-ura itu masih belum dimuktamadkan kerana masih tiada pengumuman dibuat Amri atau Putrajaya Athletics yang kini sedang sibuk mengadakan latihan pramusim.

BACA LAGI: Lepas kecewa aksi pembukaan, Young Elephants tekad bangkit berdepan Selangor

434654512_855399829934068_6826487324976039640_n

Putrajaya Athletics beraksi berdepan skuad Jang dalam aksi persahabatan. Facebook/Negeri Sembilan FC

Setakat ini, kelab berkenaan sudah mempunyai barisan pemain lebih baik dengan sebahagian besar daripada mereka sudah memiliki pengalaman dalam Liga Super.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2022, Nurshamil Abd Ghani serta bekas tonggak Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin adalah antara pemain bintang disambar kelab itu.

Selain itu, Putrajaya Athletics juga dikhabarkan semakin hampir membawa masuk bek dari Terengganu FC, Adib Zainudin yang tidak lagi terikat dengan pasukan Pantai Timur terbabit.

Kehadiran pasukan itu pasti akan menghangatkan lagi saingan Liga A1 Semi Pro yang kini dilimpahi bekas pemain Liga Super seperti Harini FT dan Kuala Lumpur Rovers FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram