NAMA Syafiq Ahmad dengan bola sepak Kedah begitu sukar untuk dipisahkan. Sejak dari dulu, namanya begitu sinonim walaupun tidak lagi bersama mereka.
Kini kembali untuk kali ketiga, Syafiq membawa seribu harapan agar Kedah Darul Aman FC akan kembali bangkit dalam usaha memburu kejuaraan domestik.
Syafiq kembali semula ke Kedah untuk buat kali ketiga selepas dipinjamkan selamat semusim oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut pemain itu, dia sepatutnya telah menyertai Kedah semusim lebih awal kerana namanya sudah lama dikejar oleh pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain.
Memetik laporan Stadium Astro, Syafiq mendedahkan yang namanya sudah lama dimahukan oleh Nafuzi bagi menguatkan skuad Kedah dan dia sepatutnya menyertai mereka musim lepas.
"Jurulatih Nafuzi dan pasukan ini memang mahukan saya sejak musim lalu.
"Sewaktu jurulatih Nafuzi menandatangani kontrak bersama Kedah, dia ada menghubungi saya untuk membawa saya balik ke sini," kata Syafiq.
BACA LAGI: Pengganti Hidalgo sudah ditemui, Kedah ambil pemain sayap Uzbekistan
Syafiq menyertai Kedah sebagai pemain pinjaman buat kali kedua. — Agensi
BACA LAGI: Tiru aksi WWE, Amri Yahyah 'troll' Siuu Faisal Halim antara 3 'goal celebration' sukar dilupakan
Dalam masa yang sama, Syafiq turut mengaku pemergiannya ke Kedah adalah kerana tertarik dengan corak permainan Nafuzi yang menyerupai gayanya beraksi di padang.
Pemain yang beraksi di posisi penyerang itu mengatakan taktikal Nafuzi dapat membantunya menyerlahkan kebolehannya sekali gus memberikan manfaat kepada pasukan.
"Itulah faktor utamanya kerana saya lihat taktikal jurulatih Nafuzi bersesuaian dengan corak permainan yang saya mahukan," ujar Syafiq lagi.
Kehadiran Syafiq ke skuad Kedah menambah sengat di bahagian serangan dengan dia dilihat bakal memainkan peranan utama di posisi tersebut.
Dengan kehadiran pemain import iaitu Sukhrob Nurullaev, Syafiq dijangka akan mencipta kombinasi serangan dengan pemain tersebut untuk memastikan pintu gol lawan berjaya dibolosi mereka.
Mungkin dengan perpindahan ke Kedah serta prestasi cemerlang dapat ditonjolkan, ia akan membuka ruang semula buat Syafiq untuk kembali menyertai skuad kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram