[VIDEO] Gaya ‘celebration’ ex-Arsenal buatkan calon pengurus Liverpool tertipu


  • Podium
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Xhaka (kiri) meraikan golnya untuk Bayer Leverkusen. — Agensi

DALAM bola sepak, ia adalah perkara biasa untuk seseorang pemain melakukan keraian gol ketika menghasilkan jaringan.

Keraian gol itu dilakukan dengan pelbagai cara. Ada pemain yang melakukan cara dengan meniru keraian orang lain, malah terdapat yang mempunyai signature move hingga ia menjadi sungguh ikonik.

Ketika meraikan gol, pada waktu itulah terserlah kreativiti para pemain dalam mengekspresikan perasaan mereka. Dalam masa yang sama, ada juga menggunakan peluang tersebut untuk mengelirukan pihak tertentu.

Sebagai contoh adalah pemain Bayer Leverkusen iaitu Granit Xhaka. Pemain tengah Switzerland itu tidak menjaringkan gol dengan kerap, namun setiap kali ia berlaku pasti akan menarik perhatian semua.

Disebabkan itu, ia telah membuatkan bekas pemain Arsenal itu untuk mencipta sesuatu yang kreatif dalam meraikan jaringan ketika aksi Bundesliga.

Dalam perlawanan menentang Mainz, Xhaka mencipta sensasi apabila menjaringkan gol rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-3 untuk meletakkan Leverkusen di depan.

Ketika meraikan jaringannya, Xhaka mengelirukan semua pihak apabila tiba-tiba memegang bahagian hamstringnya lalu berpura-pura cedera.

BACA LAGI: Harimau Malaya lawan Nepal aksi 'friendly' sebelum ke Oman jadi bahan ketawa fans Indonesia

BACA LAGI: Tiru aksi WWE, Amri Yahyah 'troll' Siuu Faisal Halim antara 3 'goal celebration' sukar dilupakan

Tindakan tersebut membuatkan pengurus Leverkusen iaitu Xabi Alonso risau dan gelisah kerana mungkin pemain utamanya akan mengalami kecederaan pada awal perlawanan.

Namun begitu, Xhaka kemudiannya mengelirukan semua pihak apabila sebenarnya dia tidak pun cedera dan itu menggembirakan rakan sepasukan yang meraikan gol bersamanya.

Ia turut melegakan Alonso yang kini dirisik sebagai pengganti Jurgen Klopp di Liverpool. Mujur, perlawanan itu berjaya diharungi oleh Xhaka dengan beraksi selama 90 minit tanpa gagal.

Jaringan Xhaka itu berjaya membantu Leverkusen menewaskan Mainz dengan jaringan 2-1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram