Padah terlajak kata, Bojan Hodak tak lama berjodoh dengan Harimau Muda


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Bojan Hodak (kanan) hanya memegang jawatan sebagai pengendali skuad B-19 negara untuk dua tahun. — Facebook/FAM

MESKIPUN sudah membawa negara ke Piala Asia 2023, keputusan tidak menentu sejak kebelakangan ini menyaksikan segelintir pihak mahu Kim Pan-gon digantikan selepas ini.

Antara calon yang diharapkan dapat mengendalikan Harimau Malaya ialah bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo yang pernah membawa negara itu ke tahap berbeza dalam rantau Asia Tenggara.

Di samping menjuarai Piala AFF 2018, jurulatih dari Korea Selatan itu dikenali dengan sikapnya yang lantang dalam mengkritik segala kekurangan dalam badan bola sepak.

Ini dapat disaksikan apabila dia pernah menegur Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dari segi pengurusan yang kemudiannya memberikan mereka nafas baharu.

Jadi, karakter sebegitu boleh dikatakan amat diperlukan kerana seseorang yang lantang perlu untuk menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada terus terbuai dalam mimpi sendiri.

BACA LAGI: Prestasi tiada kaitan dengan warna rambut, ex coach Harimau Muda bidas Subramaniam

news-thumb-coach-park-hang-seo-from-the-shadow-to-mainstream-phs.jpg

Park Hang-seo cukup dikenali dengan karakter dan kebolehan di dalam padang. Agensi

Bagaimanapun, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada satu ketika dahulu, badan induk bola sepak negara tersebut pernah mengenakan tindakan terhadap Bojan Hodak.

Ketika itu, pengendali dari Croatia memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan dengan harapan besar diletakkan di bahunya.

Pencapaian membanggakan ketika bersama Kelantan FA dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sememangnya diharapkan dapat mengasah bakat untuk diserap ke dalam pasukan senior pada masa akan datang.

Namun, semasa penyertaan mereka dalam Kejohanan Piala Sanix 2019 di Jepun, mereka mengalami dua siri kekalahan, sekali gus menyaksikan jurulatih berkenaan berang akan keputusan tersebut.

Bojan kemudiannya hadir membuat kenyataan yang mengkritik sistem bola sepak negara kerana hanya memberikan pendedahan sebenar buat pemain muda ketika mereka sudah berusia 16 atau 17 tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lagi penting ilmu di kepala, berbanding warna rambut', Subramaniam tegur Harimau Muda

DOHA, 25 Jan -- Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memantau pasukan kendaliannya pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.Keputusan penuh perlawanan Malaysia 3-3 Korea Selatan.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pan-gon masih mempunyai masa depan cerah bersama skuad kebangsaan.

Tetapi, tindakannya tersebut mengundang padah apabila dia dikenakan tindakan oleh FAM sehingga menyaksikan kontraknya tidak disambung beberapa minggu selepas itu.

Kecewa akan hukuman dialami, Bojan mengambil keputusan untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Indonesia bersama PSM Makassar sebelum kembali ke Liga Super pada 2021 bersama Kuala Lumpur (KL) City FC.

Kini, pengendali berusia 52 tahun tersebut masih membuktikan kebolehan dimilikinya apabila membawa Persib Bandung ke kedudukan lebih baik sejak bersama mereka bermula Julai tahun lalu.

Jadi, sekiranya terdapat cadangan bahawa FAM perlu mendapatkan Hang-seo yang lantang, penyokong perlu terlebih dahulu sedar akan situasi pernah dialami Bojan sebelum ini.

Meskipun kemampuan dan sentuhannya cukup baik, sikap sedemikian masih sukar untuk diterima kerana teguran perlu dibuat menerusi saluran yang ditetapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram