KEKALAHAN dalam aksi pembukaan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 mendesak kelab dari Laos, Young Elephants untuk bangkit dalam perlawanan kedua menentang tuan rumah.
Mereka yang berdepan wakil dari Singapura, Balestier Khalsa di Stadium MBPJ, Selangor pada Jumaat terpaksa berputih mata apabila tewas 0-1.
Jadi, bagi pengendali pasukan, Phoutpasong Sengdalavong, kebangkitan perlu dibuktikan anak-anak buahnya meskipun tahu akan kualiti dimiliki skuad Gergasi Merah.
"Perlawanan kedua menentang Selangor akan menjadi perlawanan yang sangat sukar buat kami kerana Selangor merupakan antara pasukan terhebat di Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Wakil Brunei dapat tonik harung SAC2024 sebelum jumpa Selangor lepas belasah kelab China
Young Elephants (kuning) mengalami kekalahan dalam aksi pembukaan mereka. — Facebook/Selangor FC
BACA LAGI: Dua episod berbeza Piala Asia pengaruhi persiapan Selangor FC
"Kami juga perlu buat sehabis baik dan akan memberikan saingan yang sengit walaupun bermain di hadapan penyokong lawan," katanya.
Skuad Gergasi Merah memulakan kempen SAC2024 dengan langkah kanan apabila menundukkan wakil dari Brunei, DPMM FC dengan keputusan 4-0 di venue dan hari yang sama.
Dua gol daripada pemain tengah, Noor Al-Rawabdeh dan dua lagi hasil sumbangan rekrut baharu, Alvin Fortes membuatkan kelab Lembah Klang itu tersenyum dengan keputusan dicatatkan.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu akan berdepan Young Elephants dalam perlawanan kedua pada Ahad dengan kemenangan akan membolehkan mereka menjulang trofi pramusim tersebut. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram