MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengesahkan rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar.
Hal itu dibongkar selepas siasatan dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta polis dibuat terhadap rumah kebajikan swasta tersebut.
"Apa yang kita akan lakukan selepas ini adalah apabila selesai siasatan daripada pihak polis kita akan tutup rumah kebajikan tersebut.
"Saya ingin mengingatkan kepada mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas menjaga warga emas supaya menjalankan tugas dengan baik.
"Kita perlu ingat satu hari nanti kita juga akan berada di situasi itu (akan tua) dan kita memerlukan orang melindungi kita,” katanya selepas menghadiri Program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Daerah Kuching pada Sabtu.
BACA LAGI: Wanita warga emas maut, anak cedera parah kemalangan di Papar
Seorang warga emas dipukul penjaga pusat jagaan dalam satu kejadian di Kulim, Kedah baru-baru ini.
Pemilik dan penjaga rumah tersebut kemudiannya ditahan pihak polis tidak lama selepas itu.
Kredit: Media sosial pic.twitter.com/KHdBB1e6Y1
— Majoriti (@majoritionline) April 27, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Tengkorak budak 9 tahun retak kena serang warga emas ketika berbasikal ke rumah
Khamis lalu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitenden Azizul Khairi dilaporkan berkata, polis sudah menahan lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pemilik rumah jagaan itu dan seorang pembantu wanita berusia 36 tahun.
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan berkaitan insiden tular menyaksikan seorang penghuni warga emas berusia 70 tahun dipukul dengan kayu.
"Empat rakaman berkaitan kejadian itu sudah tular di media sosial dan polis sudah melancarkan siasatan berkaitan kes dan menahan lelaki yang merupakan pemilik.
"Juga ditahan ialah seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu di pusat jagaan itu," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram